Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju – Nanta
  • Tengah
  • WILAYAH

Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju – Nanta

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Bahagian Kapit di sini, malam tadi. Foto UKAS

KAPIT: Semua pihak digesa untuk mengamalkan semangat ‘Segulai Sejalai’ atau bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan Bahagian Kapit terus maju dan makmur setanding dengan bahagian lain di Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengalaman lepas sewajarnya dijadikan pengajaran apabila ketidaksepakatan politik pernah menjejaskan usaha pembangunan di kawasan itu.

“Ketika itu politik tidak bersatu, maka banyak pembangunan tergendala dan sukar dilaksanakan, tetapi apabila semua pemimpin kini berada di bawah satu bumbung menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta wakil rakyat bekerjasama dengan baik, hasilnya sangat memberangsangkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Bahagian Kapit di sini, malam tadi.

Nanta berkata kestabilan politik yang dicapai membolehkan pelaksanaan dasar dan rancangan pembangunan dilaksana dengan lebih berkesan menerusi kerjasama rapat antara jabatan kerajaan, agensi pelaksana, serta sokongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Kalau dahulu, ada masanya tumpuan lebih diberikan kepada sektor perindustrian dan bukan luar bandar, di samping peruntukan pembangunan yang kecil. Namun kini, Kapit menjadi kawasan yang dicemburui kerana kerjasama erat semua pihak,” katanya.

Nanta berkata rentak kerjasama sedia ada harus diteruskan demi memastikan pembangunan yang dinikmati kini dapat diperluaskan ke seluruh pelosok Kapit.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada kakitangan kerajaan yang telah bersara dan yang berpindah ke tempat kerja baharu.

“Kepada mereka yang bersara, terima kasih atas khidmat cemerlang dan kepada yang berpindah, bawalah imej positif Kapit ke mana sahaja anda ditugaskan,” katanya.

-Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mukah rekod bacaan IPU 154, tahap pencemaran udara tidak sihat
Next: APM Sarikei berjaya tangkap ular tedung dua kaki di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.