Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SeDidik perkasa pendidikan inklusif: Bahasa isyarat diperkenal, 3,000 kanak-kanak terlibat
  • PENDIDIKAN

SeDidik perkasa pendidikan inklusif: Bahasa isyarat diperkenal, 3,000 kanak-kanak terlibat

Utusan Sarawak 15 hours ago
MAJLIS Konvokesyen SeDidik Sarawak Zon Betong 2025 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, semalam.

BETONG: Usaha SeDidik Sarawak memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak terus melonjak ke hadapan apabila sejak 2022, pengajaran asas bahasa isyarat diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda inklusif dan pembinaan empati dalam kalangan anak-anak di negeri ini.

Langkah progresif itu kini menunjukkan hasil membanggakan apabila ramai guru SeDidik sudah terlatih dan menggunakan bahasa isyarat secara aktif dalam sesi Circle Time, melibatkan kira-kira 3,000 kanak-kanak di seluruh Sarawak.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Betong, Nana Linggang Stephen Naga berkata pendidikan awal memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, pemikiran dan masa depan generasi muda.

“Pada usia inilah mereka mula mengenal dunia, membina keyakinan diri dan menyemai nilai-nilai murni yang akan memandu kehidupan mereka. 

“Pelaburan dalam pendidikan awal bukanlah pilihan, malah tanggungjawab bersama kerajaan, pendidik, ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen SeDidik Sarawak Zon Betong 2025 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, semalam.

Nana menegaskan komitmen kerajaan Sarawak yang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk memastikan pendidikan yang inklusif, berkualiti dan menyeluruh dapat dinikmati semua.

SeDidik katanya terus memperkukuh akses pendidikan awal, memastikan setiap anak tanpa mengira latar belakang, lokasi atau keupayaan mendapat peluang yang sama.

Prinsip ‘tiada seorang pun anak harus tertinggal’ menjadi teras pendekatan SeDidik dalam membina masyarakat inklusif dan berdaya saing. Pembelajaran responsif, adil dan berteraskan kasih sayang menjadi keutamaan guru-guru terlatih di seluruh rangkaiannya.

Pengajaran asas bahasa isyarat bukan sekadar memenuhi keperluan komunikasi tetapi membuka ruang kepada kanak-kanak menerima kepelbagaian insan dengan hati terbuka.

Inisiatif itu mencerminkan semangat pendidikan untuk semua memastikan setiap anak, termasuk mereka dengan keupayaan komunikasi berbeza, diraikan sebagai sebahagian daripada keluarga besar SeDidik.

SeDidik turut menyesuaikan kaedah pengajaran agar menghormati perbezaan budaya, bahasa dan gaya pembelajaran anak-anak. Pendekatan ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pendidikan, malah melahirkan generasi yang lebih terbuka dan menghargai kepelbagaian.

Bagi menghadapi cabaran digital, Nana memuji Program KIDS Bits dan Bytes, satu inisiatif inovatif yang memperkenalkan kanak-kanak kepada asas pemikiran logik dan konsep awal pengaturcaraan melalui aktiviti bermain termasuk menggerakkan robot, mencipta cerita digital dan menyelesaikan masalah langkah demi langkah.

Program itu juga menekankan tatacara penggunaan teknologi yang berhemah dan selamat, mendidik anak-anak menjadi pengguna bertanggungjawab serta pencipta digital masa depan.

“Inilah bentuk pendidikan seimbang yang kita perlukan pendidikan yang bukan sahaja memupuk kreativiti dan pemikiran analitikal, tetapi membina generasi yang penyayang, inklusif dan bersedia memimpin dunia digital,” tegasnya.

Sementara itu, seramai 85 graduan daripada 11 Tadika SeDidik Zon Betong telah hadir pada majlis itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PhD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.