Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sediakan persekitaran kondusif bagi industri EV
  • TEMPATAN

Sediakan persekitaran kondusif bagi industri EV

Utusan Sarawak 2 years ago

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menjawab soalan daripada pengamal media pada majlis Proton Get Together bersama Sarawak Media bertempat di salah sebuah restoran di Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Syarikat kereta nasional, PROTON berharap Belanjawan 2023 dapat menyediakan persekitaran kondusif bagi pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), Roslan Abdullah berkata ia termasuk inisiatif untuk menarik minat pengguna untuk beralih kepada EV selain memperkenalkan dasar-dasar mesra pelabur.

Menurut Roslan, dasar pelaburan yang baik merupakan nadi penting untuk memperkenalkan dan membawa masuk teknologi baharu ke dalam negara.

“Dengan insentif menarik yang disediakan oleh pihak Kerajaan ia akan menarik minat para pelabur untuk datang ke Malaysia.

“Selain itu, ia mungkin menjadikan Malaysia satu hab pengedaran komponen-komponen EV dan juga pengeluaran kereta-kereta EV di Malaysia,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri program PROTON bersama media di sebuah restoran di sini, baru-baru ini .

Belanjawan 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Roslan mendedahkan PROTON akan bekerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd untuk mengedarkan kenderaan pintar di Malaysia mulai suku keempat tahun ini.

Ujarnya, ia merupakan usaha PROTON sebagai salah satu syarikat automotif negara dalam menerajui penggunaan EV.

“Kami juga telah menghantar 16 jurutera ke Geely selama enam bulan untuk mempelajari teknologi EV.

“Kita juga memang ada perancangan untuk mengeluarkan PROTON EV sendiri tetapi model itu kita akan umumkan bila hampir pada waktu pelancaran,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: “Jangan tapok, timbus paip pecah” – Julaihi Narawi
Next: Ibu bapa, guru perlu proaktif pastikan PPPM 2023-2025 berjaya terlaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.