Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sediakan pendidikan berkualiti
  • TEMPATAN

Sediakan pendidikan berkualiti

Utusan Sarawak 5 years ago
ABANG Johari berbicara semasa A Sunday Morning with CM: Dialogue Session with Young Entrepreneurs in Sarawak’ di sebuah hotel di sini, semalam.

KUCHING: Pembangunan Sekolah Menengah Antarabangsa Sarawak adalah bagi menyediakan pendidikan berkualiti antarabangsa kepada pelajar berbakat daripada golongan keluarga kurang berkemampuan di negeri ini, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian selepas terdapat pihak yang telah mengkritik pembangunan sekolah tersebut dan mengatakan ia adalah salah di sisi undang-undang Akta Pendidikan.

“Saya bagi tahu anda, saya sudah tentu ada kepercayaan dalam sistem pendidikan negara kita, namun ia kadang-kadang berubah disebabkan oleh Menteri Pendidikan yang memberi polisi berbeza dan ini adalah masalah yang kita hadapi.

“Oleh itu, apa yang saya lakukan adalah membangunkan sekolah antarabangsa di bawah Yayasan Sarawak yang berdasarkan silibus antarabangsa yang diiktiraf dunia.

”Ia adalah untuk anak-anak kita yang berbakat tetapi daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ini ke sekolah antarabangsa yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ’A Sunday Morning with CM: Dialogue Session with Young Entrepreneurs in Sarawak’ di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau menambah sekolah antarabangsa yang ada kini adalah sangat mahal.

“Jadi, apa akan berlaku kepada anak-anak yang berbakat ini yang mendapat keputusan A penuh namun ibu bapa mereka tidak mampu menghantar mereka ke sekolah itu.

“Justeru, saya memutuskan untuk membangunkan lima sekolah antarabangsa di Sarawak dan antaranya sebuah di Batu 12 yang merupakan sekolah berasrama supaya mereka boleh tinggal di sana dan mereka lambat laun akan dapat mengadaptasi sistem pendidikan yang disediakan,” katanya.

Pada 26 September lalu, dalam satu laporan berita portal, seorang profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Teo Kok Seong mengatakan bahawa pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan membenarkan pembangunan sekolah antarabangsa oleh negeri ini sendiri adalah bertentangan dengan Akta Pendidikan, yang mewajibkan semua sekolah kerajaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: PEKASA susun strategi menjelang 2021
Next: Harry, Elrica dinobatkan Mister, Miss IBF 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.