Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEDC terajui pembangunan hub petrokimia
  • TEMPATAN

SEDC terajui pembangunan hub petrokimia

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN KERJA… Abang Johari Tun Openg semasa melawat tapak projek metanol di Bintulu semalam.

BINTULU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menjadi peneraju utama dalam membangunkan Tanjung Kidurong yang menjadi Hub Petrokimia di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perbadanan itu akan menyediakan kemudahan seterusnya akan menarik pelaburan di kawasan itu.

“Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (EPUS) sedang membuat beberapa kajian bagi menarik lebih banyak pelaburan luar ke Sarawak”.

“Kawasan ini akan menjadi Hub Petrokimia yang akan diurus dan dibangunkan oleh SEDC,” katanya kepada pemberita semasa melawat ke Tapak Projek Matanol di Tanjung Kidurong, di sini semalam.

Menurutnya, SEDC berperanan membangunkan kemudahan asas termasuk utiliti yang diperlukan syarikat yang mengendalikan petrokimia berkenaan.

Katanya, Hub Petrokimia terbabit memerlukan antara 320 hingga 360 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan lebih 200 pekerjaan teknikal yang terbuka kepada mereka yang mempunyai pendidikan di peringkat diploma dan ijazah.

“Kita bekerjasama dengan Petronas yang akan membekalkan gas ke kawasan ini yang turut menarik pemain industri untuk melabur di sini disebabkan kemudahan asas yang akan disediakan,” katanya.

Turut hadir  Menteri Integriti dan Ombudsman, Datuk Talip Zulpilip, Pengerusi SEDC Tan Sri  Datuk Amar Abdul Aziz Dato’ Husain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi dan ADUN Murum, Kennedy Chuk Pai.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.