Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEDC Permata anjur program masak, agih bubur lambuk
  • TEMPATAN

SEDC Permata anjur program masak, agih bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago
Rakaman gambar kenangan pihak yang terlibat dalam Program Memasak serta Pengagihan Bubur Lambuk di Topspot Foodcourt, UTC Sarawak.

KUCHING: SEDC Permata Sdn Bhd menyemarakkan sambutan Ramadan tahun ini dengan menganjurkan Program Memasak serta Pengagihan Bubur Lambuk di Topspot Foodcourt, UTC Sarawak.  

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Permata, Nazrin Ali Hossien, program itu bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama kakitangan tetapi juga mendekatkan organisasi dengan masyarakat setempat.  

“Di samping menyambung tali silaturahim dengan masyarakat sekitar, aktiviti ini juga mampu merapatkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan SEDC Permata.  

“Saya berharap program seperti ini akan terus menjadi tradisi tahunan yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam menyambut Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebanyak 600 bekas bubur lambuk habis diedarkan dalam tempoh hanya 30 minit, membuktikan keterujaan masyarakat terhadap program amal tersebut.  

“Program tahunan ini dianjurkan dengan semangat gotong-royong melibatkan kakitangan SEDC Permata yang berganding bahu dalam penyediaan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.  

“Program ini juga menjadi platform bagi SEDC Permata untuk terus menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial korporat dalam mendekati masyarakat,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuching
Next: Anak-anak memerlukan terus disantuni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.