Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sebutan semula kes suami isteri bekal senjata api kepada warga Israel 11 Julai
  • JENAYAH

Sebutan semula kes suami isteri bekal senjata api kepada warga Israel 11 Julai

Utusan Sarawak 12 months ago
KES seorang pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa atas cubaan membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Julai ini. Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahin Sasaruddin memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk melengkapkan dokumen iaitu laporan kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA). Pada 25 April lepas, Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 38, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.09 pagi, 14 April lepas. FotoBERNAMA

KUALA SELANGOR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 Julai ini bagi sebutan semula kes membabitkan pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel. 

Kedua-dua tertuduh Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43, masing-masing tiba di mahkamah pada 9.30 pagi dan 9.50 pagi. 

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada prosiding hari ini memaklumkan pihaknya masih dalam proses menyiapkan sebahagian dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan. 

Fazeedah berkata pihaknya telah menerima representasi daripada pihak pembelaan mewakili Sharifah Faraha pada 2 Jun lepas dan sedang diteliti bagi tindakan lanjut. 

Pada prosiding itu, Peguam Mohamad Isa Mohamad Basir mewakili Sharifah Faraha turut mengemukakan dua permohonan supaya anak guamnya dibenarkan untuk mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan luar penjara dan memohon warden tidak memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan kes itu. 

“… dua minggu lalu anak guam saya pengsan di penjara wanita Kajang dan saya difahamkan sehingga hari ini beliau hanya menerima rawatan biasa sahaja dan anak guam saya mengadu sakit di bahagian kepala dan mohon untuk mendapatkan x-ray untuk memeriksa di bahagian kepala. 

“Saya juga difahamkan warden-warden telah memberikan pelbagai info yang tidak benar dan telah memberikan tekanan kepada anak guam saya dan perbuatan ini perlu dihentikan,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya juga dalam proses mendapatkan rekod kesihatan tertuduh di Hospital Sultanah Aminah, Johor yang sebelum ini pernah mengalami kemurungan dan kegelisahan (anxiety). 

Hakim Ahmad Faizadh Yahya kemudian menasihatkan kedua-dua permohonan diselesaikan secara pentadbiran oleh pihak penjara. 

Peguam Ethan Tan yang mewakili Abdul Azim turut hadir pada prosiding hari ini. 

Pada 8 April lepas, Sharifah Faraha mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 8.00 malam, 29 Mac lepas. 

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula didakwa ada bersama Sharifah Faraha dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah, bahawa dia tahu isterinya itu memiliki senjata api berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman serupa, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
Next: Lelaki rugi RM271,100 ditipu pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.