Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Sebutan semula kes Naim Daniel pada 19 September ini
  • MAHKAMAH

Sebutan semula kes Naim Daniel pada 19 September ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
Muhammad Naim Daniel Baharin, 28. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes penyanyi Naim Daniel yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lepas. 

Hakim Datin M Kunasundary menetapkan tarikh itu pada prosiding tertutup ketika kes berkenaan disebut dihadapannya hari ini. 

Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28,  didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 8.56 pagi, 19 Mei lepas.

Pada 17 Jun lepas, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim Daniel diwakili peguam Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu tetapkan tarikh prosiding inkues Zara Qairina Mahathir bermula 3 September
Next: Kes Zara Qairina: Lima remaja bawah umur didakwa Rabu ini – Peguam Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.