Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Sebutan inkues kes Zara Qairina di mahkamah esok – Peguam
  • MAHKAMAH

Sebutan inkues kes Zara Qairina di mahkamah esok – Peguam

Utusan Sarawak 19 hours ago
MAHKAMAH Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9.00 pagi esok.

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9.00 pagi esok. 

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu mangsa Noraidah Lamat, 45, mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, dan memaklumkan beliau telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ya, benar esok (inkues),” katanya sambil menjelaskan prosiding itu hanya untuk sebutan.

Pada Rabu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina, 13, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Bilionair hartanah Malaysia terlepas hukuman penjara di Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.