Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUM
  • Sebatang Lilin
  • KOLUM

Sebatang Lilin

Utusan Sarawak 3 years ago

Di sini,

anak-anak berkelana dalam gulana

masih berbalam-balam aksara luka

dalam lipatan sejarah alpa

terpinggir dan meminggir rasa duka

kerana telah dijanjikan sekian lama

akan dinyalakan lilin tua

biar ada sedikit cahaya daripada tiada

melakar denai hidup ke padang bahagia.

Di sini,

mentari masih belum betah terbit

siang terlalu jauh di sudut malam

di kamar ilmu kelammu

tempat bertamu igauan dan impian

bertandang resah semusim

kunyalakan lagi lilin tua ini

agar bila nanti kau bangun dari tidur

ada jalur-jalur cahaya jujur

ikhlas memeta jalan membujur

ke taman makmur.

Adi Badiozaman Tuah

10.5.2022

Tags: Adi Badiozaman Tuah

Continue Reading

Next: Halangan sebelum PRU-15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.