Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan Lebuh Raya Pan Borneo dekat SMK Luar Bandar Miri ditutup sementara Sabtu ini
  • WILAYAH

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo dekat SMK Luar Bandar Miri ditutup sementara Sabtu ini

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEBAHAGIAN laluan Lebuh Raya Pan Borneo di antara KM883.95 hingga KM893.65, berdekatan SMK Luar Bandar Miri, akan ditutup sepenuhnya sementara pada Sabtu ini.

BEKENU: Sebahagian laluan Lebuh Raya Pan Borneo berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri, akan ditutup sepenuhnya sementara pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini, penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan jambatan pejalan kaki di bawah Projek Lebuh Raya Pan Borneo di bawah Pakej WPC11.

Penutupan kedua-dua arah jalan tersebut akan dilaksanakan dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang bagi memastikan keselamatan pengguna serta kelancaran kerja pembinaan.

Pihak kontraktor menasihatkan semua pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui kawasan lencongan dan mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan anggota bertugas sepanjang tempoh penutupan.

Penutupan sementara ini dijangka hanya melibatkan tempoh singkat dan akan dibuka semula sebaik kerja pemasangan selesai dijalankan.

Orang ramai disarankan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jabatan Kehakiman Syariah dan PPS perkukuh kerjasama strategik
Next: Tiada penyelewengan kuantiti minyak RON95 dikesan di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.