Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sebahagian kos pusat Tingkatan 6 Limbang disalur melalui NRDA
  • Utara
  • WILAYAH

Sebahagian kos pusat Tingkatan 6 Limbang disalur melalui NRDA

Utusan Sarawak 7 months ago

PERKASA PENDIDIKAN...Dr Abdul Rahman  pada mesyuarat PTEL di Limbang.

LIMBANG: Sebahagian peruntukan bagi pembinaan blok kantin dan asrama Pusat Tingkatan Enam Limbang (PTEL) di blok lama SMK Limbang adalah melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pada masa ini blok kantin sekolah sudah siap dibina dan memerlukan kemudahan beberapa blok asrama, selain kemudahan peralatan dan perabot.

“Perbincangan dilakukan bagi memberi tumpuan kepada persediaan susun atur keperluan serta mengetahui anggaran kos bagi cadangan memindahkan  lokasi PTEL SMK Kubong ke bangunan sedia ada atau tapak lama SMK Limbang, untuk dibentangkan kepada Premier Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat cadangan menaik taraf PTEL di Pejabat Pendidikan Daerah Limbang baru-baru ini.

Pada masa ini  NRDA dalam proses mendapatkan Permit Pendudukan (OP)  agar bangunan pusat terbabit dapat diserahkan segera kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Beliau berkata PTEL kini fokus kepada peningkatan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi dan seiring dengan program prauniversiti yang lain.

Kemudahan itu penting bertujuan melahirkan pelajar dengan nilai kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing.

Katanya, PTEL penting dalam usaha kerajaan menyediakan prasarana pendidikan terbaik bertaraf prauniversiti kepada pelajar di Daerah Limbang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: 26 peserta sertai Bengkel Tarian Tradisional Sarawak
Next: Jambatan Muara Lassa bakal beri impak besar ekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.