Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sebahagian Jalan Raya – Kuching/Samarahan Expressway ditutup sementara  
  • TEMPATAN

Sebahagian Jalan Raya – Kuching/Samarahan Expressway ditutup sementara  

Utusan Sarawak 2 years ago

KOTA SAMARAHAN: Sebahagian daripada Jalan Raya – Kuching/Samarahan Expressway ditutup sementara sehingga 14 Mei ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan menerusi kenyataan media memaklumkan penutupan melibatkan lokasi di bulatan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak iaitu Kuching menuju ke Samarahan, Samarahan menuju ke Batu 15, Batu 15 menuju ke Samarahan, Samarahan ke Jalan Mohd. Musa dan Jalan Mohd. Musa menuju ke Samarahan.

Penutupan jalan bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan 9.00 malam hingga 4.00 pagi bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan mematuhi segala pengurusan trafik sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini selain merancang perjalanan masing-masing terutamanya melibatkan kawasan tersebut.

Pihak JKR Bahagian Samarahan pada masa sama akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut, orang ramai adalah digalakkan untuk berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-671076 pada waktu pejabat.

Continue Reading

Previous: Jalan Bulatan Setia Raja ditutup sementara
Next: STA mohon tempoh 12 bulan laksanakan SST

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.