
MIRI: Sebahagian jalan masuk utama ke Blok B Hospital Miri akan ditutup sementara mulai 9.00 malam ini hingga 5.00 petang esok, bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan paip gas bawah tanah.
Menurut notis yang dikeluarkan Hospital Miri hari ini, penutupan itu adalah sebahagian daripada kerja penyelenggaraan infrastruktur yang melibatkan kawasan sekitar hospital.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran serta mematuhi arahan Pasukan Keselamatan Hospital Miri dari semasa ke semasa sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Oleh Adum Liu