Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SEB perkenal Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri pertama di Malaysia
  • SEMASA

SEB perkenal Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri pertama di Malaysia

Utusan Sarawak 4 months ago
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media selepas melawat Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Loji Janakuasa Sejingkat (gambar) Perbadanan Tenaga Sejingkat (SPC) hari ini. 

SEJINGKAT: Sarawak Energy Berhad (SEB) mencatat sejarah dengan memperkenalkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berskala utiliti pertama di Malaysia, berkapasiti 60 megawatt (MW) sejam. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, operasi BESS di Loji Janakuasa Sejingkat adalah salah satu inisiatif Sarawak dalam peralihan menuju tenaga hijau.

“SEB membelanjakan RM128 juta untuk memperoleh 22 kontena yang dilengkapi dengan bateri.

“Bagi saya, prinsip utama teknologi ini adalah membolehkan penjanaan tenaga baharu yang boleh diperbaharui melalui bateri, menjadikannya salah satu teknologi pertama seumpamanya di Malaysia.

“Sekiranya projek ini berjaya, sistem ini boleh ditempatkan di lokasi lain kerana kontena tersebut bersifat mudah alih,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat BESS di Loji Janakuasa Sejingkat, Perbadanan Tenaga Sejingkat (SPC) di sini, hari ini. 

Abang Johari berkata BESS juga boleh digunakan di kawasan luar bandar untuk meningkatkan bekalan tenaga.

Katanya, bateri yang kehabisan tenaga boleh dicas semula bagi memastikan bekalan terus beroperasi tanpa gangguan. 

Dalam pada itu, BESS yang mula beroperasi pada Disember 2024, berperanan penting dalam menyokong perkhidmatan grid, termasuk menyediakan rizab kecemasan, menstabilkan voltan dan frekuensi, serta mengurus permintaan tenaga pada waktu puncak.

Langkah ini membantu mengoptimumkan sistem penjanaan tenaga dan grid secara keseluruhan, sekali gus meningkatkan kecekapan serta kestabilan sektor tenaga.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni dan Pengerusi SEB, Datuk Ibrahim Baki. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Harga LPG Petros ditetapkan RM26.60, peruncit diberi amaran tidak naikkan harga
Next: Banjir di Sarawak pulih, Sabah makin menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.