Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEB: Ambil tiga langkah tambahan tingkatkan kemahiran kontraktor
  • TEMPATAN

SEB: Ambil tiga langkah tambahan tingkatkan kemahiran kontraktor

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Datu Sharbini Suhaili.

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengambil tiga langkah tambahan untuk meningkatkan kemahiran kontraktor di bawahnya selain bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Datu Sharbini Suhaili berkata, antara langkah tambahan tersebut ialah melalui program penyertaan Bumiputera, penilaian dan anugerah vendor SEB serta program transformasi kontraktor SEB.

“Kontraktor dan pekerja tempatan yang mahir akan mempunyai peluang lebih besar untuk terlibat dalam pertumbuhan sosioekonomi, menyokong pembangunan komuniti tempatan dan perniagaan Sarawak selaras dengan United Nations Sustainable Development Goal No. 8 ‘Decent Work and Economic Growth’.

“Dengan adanya pelbagai projek infrastruktur berkaitan tenaga dalam perancangan, pelaksanaan projek yang berjaya dan menepati masa adalah tanggungjawab bersama antara SEB dan pihak kontraktor,” katanya pada majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Unit Inspektorat Elektrik (EIU) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di CENTEXS Santubong, hari ini.

Justeru, selain daripada kerjasama bersama CENTEXS, SEB juga telah mengambil tiga langkah tambahan untuk meningkatkan kemahiran kontraktor melalui program dan inisiatif.

“Kolaborasi antara CENTEXS dan SEB adalah satu usahasama adil untuk semua pihak yang terlibat.

Bagi pihak CENTEXS, rangkaian program dan inisiatif mereka akan lebih diperhalusi sejajar dengan keperluan industri.

“Kontraktor dapat mempertingkatkan kemahiran melalui program- program ini.

“SEB, organisasi dalam industri berkaitan, dan negeri akan mendapat manfaat melalui kerjasama dengan kumpulan kontraktor yang lebih mahir.

“Terima kasih sekali lagi kepada CENTEXS kerana bekerjasama dengan kami dalam usaha ini dan kami berharap usaha sama ini akan berterusan untuk kebaikan bersama,” ujarnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Fruit Enterprise hasilkan produk pelbagai berasaskan dabai
Next: Taksub untung, juruteknik tanggung kerugian RM226,948

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.