Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sean Paul ‘panaskan’ malam hujung minggu di Idea Live Arena, hiburkan 6,000 peminat
  • HIBURAN

Sean Paul ‘panaskan’ malam hujung minggu di Idea Live Arena, hiburkan 6,000 peminat

Utusan Sarawak 4 days ago
DIHADIRI 6,000 penonton membanjiri Idea Live Arena pada Jumaat malam, ternyata peminat rapper dari Jamaica berusia 52 tahun ini meliputi pelbagai generasi berusia lingkungan dari 20-an hinggalah 60-an berbeza latar belakang sanggup datang dari seluruh dunia

PETALING JAYA: Bukan sekadar konsert antarabangsa, kembalinya ikon muzik dancehall antarabangsa Sean Paul ke negara ini selepas tujuh tahun membuktikan bahawa muzik mampu menjadi medium yang menyatukan dan  merapatkan jurang perbezaan budaya dan generasi.

Dihadiri 6,000 penonton membanjiri Idea Live Arena pada Jumaat malam, ternyata peminat rapper dari Jamaica berusia 52 tahun ini meliputi pelbagai generasi berusia lingkungan dari 20-an hinggalah 60-an berbeza latar belakang sanggup datang dari seluruh dunia  

Malah, keterbukaan dan sambutan hangat yang diterima juga membuktikan bagaimana muzik mampu menjadi bahasa sejagat yang menghubungkan ribuan individu daripada latar berbeza di bawah satu irama yang sama.

Ini terbukti apabila meskipun penyanyi kelahiran Jamaica itu belum muncul di pentas, penonton terlebih dahulu ‘dipanaskan’ dengan deretan lagu berentak reggae dan dancehall yang dimainkan, membuatkan ramai tidak henti menari dan bersorak mengikut rentak muzik.

Lebih menarik, rata-rapat penonton yang memenuhi setiap ruang dewan itu hadir daripada pelbagai peringkat umur dengan kebanyakan mereka tampil dengan pakaian berona gelap, menambah suasana pesta malam hujung minggu yang meriah.

Membuka tirai persembahan tepat 8.48 malam dengan lagu hitnya, ‘So Fine’ dan ‘Get Busy’, penonton tidak melepaskan peluang mengabadikan momen itu dengan merakam gelagat penyanyi rap kesayangan mereka yang tampil dengan seluar putih, kemeja-T hitam dan jaket putih.

“What’s up Malaysia? Make some noise! Hey yo, this is my first time performing for you. People say my music is big here, so thank you very much,” antara ungkapan Sean yang cukup berkarisma, mengukuhkan reputasinya sebagai antara ikon muzik dancehall terkemuka dunia.

Pada malam itu, peminat turut disajikan dengan lebih 20 rangkaian lagu popularnya termasuk Temperature, No Lie, She Doesn’t Mind, Rockabye dan Cheap Thrills, yang disampaikan dalam tempoh sejam.

Tenaga persembahan Sean tidak surut sepanjang malam, malah setiap lagu disampaikan dengan gaya tersendiri dan disertai pancaran cahaya pentas yang memukau, membuatkan penonton terus hanyut dalam suasana penuh nostalgia.

Sorakan semakin kuat apabila lagu-lagu hit era 2000-an berkumandang, mengimbau kenangan zaman kegemilangan muzik dancehall yang pernah mendominasi carta dunia.

Bagaimanapun, tempoh persembahan yang singkat itu nyata belum memadai bagi ramai peminat yang masih berharap penyanyi itu kembali ke pentas untuk menambah lagu lagi.

Antara aksi spontan Sean di pentas yang mencuri perhatian apabila dia sempat melemparkan dua helai kemeja-T putih miliknya ke arah penonton, mencetuskan suasana riuh dan penuh keterujaan di barisan depan.

Secara keseluruhannya, persembahan malam itu tetap meninggalkan impak tersendiri dengan sorakan, nyanyian bersama dan tarian tanpa henti, meskipun segelintir berpendapat kualiti sistem bunyi dewan berkenaan boleh dipertingkat bagi menampung kapasiti besar pada masa akan datang.

-BERNAMA

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Teater muzikal ‘Rimba Rangers’ sentuh hati dengan jiwa dan pesona alam
Next: Konsert Rakyat 2025: Komitmen Sarawak perkukuh seni, budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.