Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sean Paul bakal gegarkan pentas hiburan negara 10 Oktober ini
  • HIBURAN

Sean Paul bakal gegarkan pentas hiburan negara 10 Oktober ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEAN Paul.

KUALA LUMPUR: Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum bintang global dancehall, Sean Paul kembali menggegarkan pentas Malaysia menerusi konsert istimewa yang akan berlangsung di Idea Live Arena pada Jumaat ini.

Penganjur dari Epic Elation dalam kenyataan memaklumkan peminat bakal disajikan dengan single terkini Ginger, yang sedang mencipta fenomena pada pelbagai platform penstriman muzik dan konsert itu menjanjikan tenaga luar biasa dengan deretan lagu hit dalam satu malam penuh bermakna.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat. Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan sebuah pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Sean Paul dipetik meluahkan keterujaannya untuk kembali ke negara ini selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2018.

“Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa,” katanya.

Penyanyi rap berusia 52 tahun itu juga berkata dia bersemangat menyampaikan single terbaharu Ginger secara langsung kerana ia mempunyai aura tersendiri.

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman web fantopia.io pada harga bermula RM363 hingga RM493.

-BERNAMA

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Afgan kembali melalui persembahan di KL 5 Disember depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.