Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SDNU Sibu bakal anjur Hari Keluarga di Belawai
  • Tengah
  • WILAYAH

SDNU Sibu bakal anjur Hari Keluarga di Belawai

Utusan Sarawak 1 day ago
HARI keluarga SDNU bakal diadakan di Reki Raldin Resort, Belawai, pada 9 Ogos ini.

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu akan menganjurkan Hari Keluarga SDNU Sibu 2025 di Reki Raldin Resort, Belawai, pada 9 Ogos depan.

Setiausaha SDNU Sibu, Samuel Sila Mathew Unjah berkata, acara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli dan keluarga mereka.

“Selain menjadi platform untuk bersantai, program ini juga memberi peluang kepada ahli dan keluarga meluangkan masa berkualiti bersama” katanya menerusi siaran media hari ini.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memastikan program tersebut meninggalkan kenangan indah buat semua yang hadir.

“Antara acara yang diadakan termasuk Program Insentif Perangsang Pelajar SDNU Sibu, pertandingan karaoke, BBQ, sukaneka, pertandingan mewarna, serta cabutan tiket bertuah,” ujarnya.

Kemuncak Hari Keluarga kali ini ialah Program Insentif Perangsang Pelajar SDNU Sibu 2025, yang bertujuan memberi pengiktirafan dan galakan kepada ahli serta anak-anak ahli SDNU Sibu yang cemerlang dalam bidang akademik.

“Insentif ini terbuka kepada anak-anak dan ahli SDNU Sibu yang melanjutkan pengajian di peringkat PhD, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Matrikulasi, STPM, Sijil Kemahiran, SPM dan SPMV,” katanya.

Pendaftaran untuk program insentif ini telah dibuka secara dalam talian melalui Google Form bermula 27 Julai 2025 dan akan ditutup pada 3 Ogos 2025.

Untuk penyertaan Hari Keluarga, orang ramai boleh menghubungi Encik Stanley Bayang di talian 019-4538343, manakala pertanyaan berkaitan Program Insentif Perangsang Pelajar boleh diajukan kepada Ketua Biro Pendidikan SDNU Sibu, Johnady Anak Janton di talian 013-8023065.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Program Khidmat Nasihat Undang-Undang Percuma di Miri, 1 Ogos ini
Next: Penipuan siber fokus utama perhimpunan Hospital Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.