Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SDNU Sibu anjur program kesihatan komuniti 30 November ini
  • Tengah
  • WILAYAH

SDNU Sibu anjur program kesihatan komuniti 30 November ini

Utusan Sarawak 6 months ago

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu akan menganjurkan Program Kesihatan Komuniti di Taman Tasik Permai, 30 November ini.

Pengerusinya, Chambai Lindong berkata, program tersebut yang juga dikenali sebagai ‘Program Pengerai Komuniti’ dianjurkan sempena sambutan Jubli Emas SDNU, 7 Disember depan.

Menurutnya, majlis perasmian program dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

“Atur cara program akan dimulakan dengan senaman aerobik secara beramai-ramai pada 6.30 pagi, diikuti acara ‘Fun Walk’ mengelilingi taman tasik yang akan dilepaskan pada 7.30 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, SDNU Cawangan Sibu menggalakkan ahli, keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta dalam aktiviti ini, yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan.

Hadiah menarik turut disediakan untuk para peserta.

Menurut Chambai, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja dalam kalangan ahli SDNU tetapi juga masyarakat umum.

“Peserta yang berminat menyertai acara Jalan Sihat digalakkan memakai kemeja-T merah dan kasut sukan.

“Mereka juga perlu berhubung dengan Sammy Dennis di talian 019-8278103 sebelum 24 November untuk tujuan pendaftaran,” katanya.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah akan diadakan mulai jam 8 pagi. 

Program ini terbuka kepada orang ramai dan pendaftaran untuk aktiviti tersebut boleh dilakukan secara terus di tempat acara.

Untuk maklumat lanjut, ujarnya, orang ramai boleh menghubungi George Gabriel di talian 012-2689247.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tong gas meletup: Dua beranak cedera parah
Next: Pusat Khidmat Parlimen Lanang anjur kempen derma darah bantu Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.