
SIBU: Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) akan menganjurkan Siri Bengkel Kreatif: Bengkel Asas DJ di The Great Hall pada 21 September ini.
Bengkel sehari tersebut akan diadakan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Empat tenaga pengajar yang akan membimbing peserta ialah Deejay App, Deejay Steph, Deejay Sotong dan Deejay Losan.
Menurut penganjur, bengkel ini memberi peluang kepada peserta mempelajari asas seni DJ termasuk teknik mencampur muzik dan menggores cakera.
Pendaftaran adalah percuma dan hanya dibuka kepada 25 peserta sahaja.
Peserta turut diminta membawa komputer riba masing-masing bagi sesi praktikal.
Mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR yang disediakan untuk membuat pendaftaran sebelum tempat dipenuhi.
Program ini dianjurkan oleh SDIH dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Confinity Digital Group Sdn Bhd dan The Stage.
Oleh Tarani Lanting