Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SDCA anjur Bengkel Pemantapan Juri Kumang dan Keling 2026 di Kuching
  • TEMPATAN

SDCA anjur Bengkel Pemantapan Juri Kumang dan Keling 2026 di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
BENGKEL Pemantapan dan Penyeragaman Juri bagi Pertandingan Kumang dan Keling 2026.

KUCHING: Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) akan menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Penyeragaman Juri bagi Pertandingan Kumang dan Keling 2026 pada 18 April ini di Serapi Hotel, di sini.

Bengkel yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu dianjurkan bertemakan ‘Pemerkasaan Budaya Dayak melalui Profesionalisme Juri Kumang & Keling’ sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program berkenaan bertujuan menyelaraskan kriteria penjurian pertandingan Kumang dan Keling selain meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan juri bagi memastikan penilaian dibuat secara adil, telus dan berlandaskan adat serta budaya masyarakat Dayak.

PENCERAMAH yang dijemput berkongsi kepakaran ialah Profesor Datu Dr Neilson Ilan Mersat (kanan) dan Jimbun Tawai (kiri).

Selain calon juri, bengkel tersebut turut terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat mendalami bidang penjurian dan budaya termasuk tukang kebat, jurusolek, peserta Kumang dan Keling serta individu yang ingin menambah pengetahuan berkaitan adat dan budaya Dayak.

Antara penceramah yang dijemput berkongsi kepakaran ialah Profesor Datu Dr Neilson Ilan Mersat, seorang akademik dan pengamal seni budaya Dayak yang akan membincangkan prinsip budaya, adat serta standard penjurian.

Turut berkongsi ilmu ialah tokoh budaya Dayak Jimbun Tawai yang akan mengupas aspek adat, simbolisme dan keaslian budaya dalam penilaian pertandingan.

Selain itu, bekas pemenang Kumang Gawai Peringkat Negeri Sarawak iaitu Bridgette Astra Donald (Kumang 1994) dan Jennifer Jack ( Kumang 2003) akan memberikan perspektif berdasarkan pengalaman mereka dalam pertandingan serta menekankan aspek etika dan profesionalisme dalam kalangan peserta dan juri.

Penganjuran bengkel ini juga merangkumi sesi latihan praktikal simulasi penjurian bagi membantu peserta memahami dengan lebih mendalam proses dan standard penilaian dalam pertandingan Kumang dan Keling.

Orang ramai yang berminat menyertai bengkel tersebut boleh menghubungi Rudi di talian 016-207 5726 atau Rofina di 011-1260 6794 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Agensi persekutuan perlu tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
Next: Operasi cegah AADK Kota Samarahan: 12 individu positif dadah ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.