Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • SCV siasat punca sebenar Rumah Baruk di Kampung Budaya hangus
  • KEBAKARAN

SCV siasat punca sebenar Rumah Baruk di Kampung Budaya hangus

Utusan Sarawak 4 days ago
KEBAKARAN membabitkan Rumah Baruk di sini malam ini. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Pihak Pengurusan Kampung Budaya Sarawak (SCV) sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran membabitkan Rumah Baruk di sini malam ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan  sebentar tadi, SCV mengesahkan hanya rumah Rumah Baruk kaum Bidayuh sahaja yang terjejas dalam insiden tersebut.

“Semua rumah budaya dan kemudahan lain di Kampung Budaya Sarawak kekal utuh dan tidak terjejas.

“Kebakaran berlaku di kawasan premis tersebut pada kira-kira 7.30 malam tadi, melibatkan Rumah Baruk kaum Bidayuh,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Padungan telah bertindak pantas ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya. 

“Kami bersyukur untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata keselamatan serta pemeliharaan warisan budaya sentiasa menjadi keutamaan utama pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak.

“Langkah sewajarnya akan diambil bagi menilai tahap kerosakan serta merancang kerja-kerja pemulihan.

“Kampung Budaya Sarawak akan terus dibuka kepada pengunjung, namun kawasan sekitar lokasi kejadian akan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan serta bagi memudahkan siasatan dan kerja pemulihan dijalankan.

“Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan bomba dan penyelamat atas tindakan pantas serta profesionalisme mereka dalam menangani insiden ini,” katanya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Sebuah Rumah Baruk di Kampung Budaya musnah terbakar
Next: Kampung Budaya masih beroperasi seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.