Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SCSICA semarak usaha, budaya inovasi
  • TEMPATAN

SCSICA semarak usaha, budaya inovasi

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Inovasi Sosial kepada Kumpulan Q-Inno dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu pada Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2020 di BCCK Kuching, semalam.

KUCHING: Program Minggu Inovasi merupakan salah satu inisiatif yang dapat mewujudkan budaya kerja yang mantap, berinovasi dan kreatif.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, melalui budaya kerja inovatif dan kreatif akan melahirkan warga perkhidmatan awam yang inovatif dalam penghasilan produk.

“Saya percaya Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) ini telah menyemarakkan lagi usaha dan budaya inovasi dalam kalangan warga penjawat awam ke arah kecemerlangan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada penjawat awam untuk menggunakan platform SCSICA bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman di samping meningkatkan pendedahan terhadap trend teknologi ICT dan inisiatif kerajaan digital yang terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, tema ‘Innovation for Service Delivery Excellence’ adalah pilihan yang tepat yang mencerminkan kepentingan inovasi dalam meningkat keberhasilan dan kecekapan dalam mengurangkan kos pengurusan.

“Tema ini sejajar dengan dasar Ekonomi Digital yang berkehendakkan idea-idea berani lagi kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek penyampaian dalam perkhidmatan awam, industri dan perdagangan.

“Perkhidmatan awam hendaklah terus diperkukuhkan sebagai faktor utama untuk memacu Sarawak mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi di Malaysia menjelang tahun 2030 sekali gus menepati strategi kerajaan untuk berkembang dalam gelombang Revolusi Industri keempat,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: CONTOHI ESTONIA, KOREA SELATAN
Next: Terapkan ‘roh kebajikan’ dalam diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.