Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Screen, Lestari ‘gamatkan’ Saratok
  • HIBURAN

Screen, Lestari ‘gamatkan’ Saratok

Utusan Sarawak 4 months ago
MERIAH… Sekitar 10,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan Kumpulan Screen dan Lestari yang di tapak pesta.

SARATOK: Dua kumpulan popular iaitu Screen dan Lestari hadir ‘menggamatkan’ pengunjung di Pentas Utama Kalaka sempena ambang sambutan Tahun Baharu 2025 Duo2 Festival di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur, Casner Duchavy berkata, dianggarkan seramai sekitar 10,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan Kumpulan Screen dan Lestari yang diadakan pada hari keempat dan kelima di tapak pesta.

KUMPULAN Lestari.
KUMPULAN Screen.

Katanya, walaupun keadaan cuaca yang hujan pada hari keempat Duo2 Festival, namun ia tidak menghalang para pengunjung hadir beramai-ramai menyaksikan persembahan Kumpulan Screen yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta.

“Begitu juga, dengan Kumpulan Lestari yang membuat pesembahan pentas pada hari terakhir Duo2 Festival sekali gus menutup tirai ambang sambutan 2024,” katanya.

Menurut Casner, Duo2 Festival telah pun diadakan di Saratok selama lima hari yang berkonsepkan hiburan selain menampilkan jualan makanan dan minuman, barangan kosmetik, pakaian serta pelbagai aktiviti menarik untuk setiap pengunjung yang hadir.

DJ Raymond dan DJ Ijul.
ARTIS Lucy M dan Naila Sari
bersama penganjur Duo2 Festival.

Jelasnya, turut diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, fesyen kanak-kanak, karaoke irama 60-an dan poco-poco untuk kategori dewasa.

“Sebelum ini, program tersebut turut dilangsungkan di Kampung Beladin dan Kabong sekali gus berupaya menarik ribuan pengunjung datang ke tapak pesta pada setiap lokasi yang diadakan itu.

‘Malah, penampilan beberapa artis yang membuat persembahan pada setiap malam turut memeriahkan lagi kehadiran pengunjung di sekitar tapak yang diadakan di tiga lokasi tersebut.

“Selaku pihak penganjur, kami merakamkan terima kasih atas kehadiran pengunjung di tapak festival sepanjang Duo2 Festival di Saratok, Kampung Beladin dan Kabong,” tambah beliau.

TAHNIAH… Barisan pemenang fesyen kanak-kanak bawah 12 tahun merakam
gambar bersama Casner Duchavy (dua, kiri) dan Khusairi Johari (dua, kanan).

Katanya, selain Kumpulan Screen dan Lestari yang membuat persembahan di Saratok baru-baru ini, artis lain yang turut terlibat ialah Lucy M dan penyanyi dari Indonesia Julia, Cyntia dan Naila Sari.

Sementara itu, rakan kerjasama penganjur Khusairi Johari memberitahu selepas Saratok, program tersebut akan turut diadakan di Dewan Masyarakat Batu Niah, Miri pada 8 hingga 12 Januari dan di Esplanade Bintulu bermula 29 Januari hingga 2 Febuari depan.

“Untuk dua lokasi ini, kita juga akan menampilkan beberapa artis popular dari Semenanjung Malaysia dan tempatan seperti Kumpulan Screen, Lestari dan Leon di Bintulu nanti,” katanya.
Oleh Mahdar Bujang

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Baik Punya Ah Long bakal ditayang di IFFR
Next: ‘Daddy Cool’ Boney M mengembalikan nostalgia 1970-an

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.