Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Scream Club’ di London bantu golongan muda lepaskan tekanan
  • GLOBAL

‘Scream Club’ di London bantu golongan muda lepaskan tekanan

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENGANJURAN acara ‘scream club’ selepas melihat di TikTok bahawa orang ramai berkumpul untuk menjerit bersama di Amerika Syarikat.

LONDON: Di sebuah taman di London, puluhan golongan muda berkumpul menunggu isyarat untuk bermula, kemudian menjerit sekuat hati, semua ini bertujuan melepaskan ketegangan.

Terapi jeritan, atau scream therapy, adalah teknik yang semakin popular di TikTok dan telah sampai ke Britain dari Amerika Syarikat.

“Ia sangat terapeutik,” kata Rebekah Drakes, 23 tahun, kepada AFP selepas menjerit sekuat tenaga di puncak Parliament Hill, Hampstead Heath, di utara ibu kota Britain.

Dia, bersama peserta lain yang kebanyakannya berusia 20-an, menyertai ‘Scream Club’ pada Sabtu.

“Saya rasa kita tidak sedar berapa banyak tekanan yang kita pendam sehingga dapat melepaskannya,” tambah bartender itu.

Mona Sharif menganjurkan acara itu selepas melihat di TikTok orang ramai berkumpul menjerit bersama di Amerika Syarikat.

“Saya buat video TikTok yang berkata London patut buat juga, dan dari situ saya cipta kumpulan chat selepas mendapat banyak tontonan dan ‘like’,” katanya.

“Seribu orang menyertai kumpulan chat itu dalam masa tiga hari,” jelasnya.

Sharif mengira hingga tiga, kemudian semua peserta menjerit sekuat hati sambil merakam diri mereka menggunakan telefon satu pemandangan yang mengejutkan orang yang lalu lalang.

Ruang Untuk Menjerit

“Ia seperti terapi berkumpulan,” katanya.

Dalam kes ini, “orang melepaskan kekecewaan yang mereka tidak dapat luahkan secara terbuka.”

Julia Dewit, seorang guru berusia 29 tahun, gembira kerana ramai wanita turut mengambil bahagian.

“Terdapat stigma yang mengatakan wanita harus sentiasa tenang dan sabar ketika berdepan tekanan,” katanya kepada AFP.

“Saya rasa kini, perbincangan tentang perasaan dan kesihatan mental jauh lebih ketara berbanding beberapa tahun sebelum ini, dan itu sangat baik.”

Menurut tinjauan YouGov yang diterbitkan bulan lalu, dua pertiga golongan muda berumur 16-25 tahun di Britain sedang mengalami atau pernah mengalami masalah kesihatan mental, terutama berkaitan pelajaran atau masalah kewangan.

Sebelum jeritan bersama bermula, peserta bergilir-gilir menaiki sebuah bangku untuk berkongsi tentang kesunyian atau kesukaran mencari tempat dalam masyarakat.

Ada yang berkongsi apa yang membuat mereka marah dalam berita, disambut dengan sorakan penonton.

“Jika anda mengikuti berita politik antarabangsa, ia memang sangat mengecewakan,” kata pelajar 19 tahun, Rifa Uddin.

“Saya benar-benar perlukan ruang seperti ini di mana orang boleh menjerit dan lepaskan perasaan.” – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hospital Arab Saudi cipta sejarah, pembedahan tumor otak pertama dunia guna robot
Next: Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.