Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SCPA lancar jelajah Aerodance komuniti peringkat negeri 2026
  • TEMPATAN

SCPA lancar jelajah Aerodance komuniti peringkat negeri 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago
SIDANG media Jelajah Aerodance Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 anjuran Persatuan Fotografi Komersial Sarawak (SCPA).

KUCHING: Persatuan Fotografi Komersial Sarawak (SCPA) bakal menganjurkan jelajah Aerodance komuniti peringkat negeri yang pertama dan terbesar di Sarawak pada 2026, sekali gus memperkenalkan inisiatif gaya hidup sihat yang bertenaga dan inklusif kepada masyarakat di empat bandar utama negeri ini.

Menurut kenyataan SCPA hari ini, jelajah berkenaan akan berlangsung di Miri pada 19 April 2026, diikuti Bintulu pada 17 Mei 2026, Sibu pada 7 Jun 2026, sebelum acara kemuncak di Kuching pada 5 Julai 2026.

Jelajah tersebut bertujuan menyatukan komuniti melalui gabungan muzik, pergerakan dan elemen kesejahteraan, selain mempromosikan Aerodance sebagai aktiviti kecergasan berkumpulan yang moden dan mudah disertai oleh semua peringkat umur.

“SCPA menggerakkan inisiatif ini berlandaskan tiga objektif utama, iaitu mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Sarawak, mengumpul dana bagi menyokong Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 United Asia Professional Photography Association (UAPPA) 2026 yang akan diadakan di Kuching, serta mempopularkan Aerodance sebagai aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan inklusif,” menurut kenyataan itu.

Setiap lokasi jelajah akan disempurnakan oleh tetamu kehormat masing-masing, iaitu Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di Miri, Johnny Pang Leong Ming di Bintulu, Datuk Michael Tiang Ming Tee di Sibu dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian di Kuching.

SCPA menyasarkan penyertaan seramai 500 peserta bagi setiap lokasi di Miri, Bintulu dan Sibu, manakala 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian pada acara kemuncak di Kuching.

Bagi memastikan pelaksanaan program yang berkualiti, SCPA akan bekerjasama dengan Busman Noor, tokoh terkenal dalam arena senamrobik dan kecergasan berkumpulan di Sarawak.

Busman Noor merupakan Juara Senamrobik Sarawak dan Naib Johan Kedua Kejohanan Seagcon ke-5 di Indonesia, selain berpengalaman sebagai fasilitator Program Asas Senamrobik untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pembangunan Belia dan Sukan Malaysia (MYSED), Persatuan Aerobik dan Kecergasan Sarawak (SAIEF) serta Johor Fitness Hub (JFH).

Penglibatan beliau dijangka dapat meningkatkan tenaga program, struktur aktiviti serta pengalaman keseluruhan peserta di keempat-empat lokasi jelajah.

Pendaftaran kini dibuka dengan empat kategori penyertaan, iaitu Kategori A berharga RM50 yang melayakkan peserta menerima baju-T rasmi acara dan cenderamata; Kategori B berharga RM35 dengan baju-T rasmi acara; Kategori C berharga RM25 dengan cenderamata; serta Kategori D berharga RM15 tanpa baju-T dan cenderamata.

Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mac 2026. Orang ramai boleh mendaftar secara dalam talian menerusi laman sesawang https://checkpointspot.asia/registration/sarawak-sunrise-aerodance26

Continue Reading

Previous: Hapus stigma, tingkat kesedaran HIV dalam masyarakat
Next: Waspada ancaman buaya ketika banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.