Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SCOPE, IIAM meterai MoU, perkukuh kerjasama bangunkan keupayaan audit dalaman
  • SEMASA

SCOPE, IIAM meterai MoU, perkukuh kerjasama bangunkan keupayaan audit dalaman

Utusan Sarawak 3 hours ago
MAJLIS pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Kecemerlangan Prestasi (SCOPE) dan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) yang disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee di Kuching, sebagai langkah memperkukuh keupayaan audit dalaman di Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Prestasi (SCOPE) dan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah strategik bagi mempertingkat keupayaan audit dalaman di Sarawak.

Melalui kerjasama itu, SCOPE dilantik sebagai penyedia latihan bagi mempromosi serta melaksanakan kelayakan profesional Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA), sekali gus memperluas akses pensijilan audit dalaman bertaraf antarabangsa di negeri ini.

Inisiatif berkenaan membuka peluang kepada pegawai sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta profesional tempatan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang audit dalaman.

Majlis pertukaran MoU tersebut turut menzahirkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam membangunkan rantaian bakat auditor dalaman yang berwibawa, sejajar dengan aspirasi memperkukuh amalan tadbir urus, akauntabiliti serta prestasi organisasi yang mampan di Sarawak.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, Naib Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, Derek Lee Siew Weng berkata, pemeteraian MoU tersebut amat bertepatan dalam menyokong usaha Kerajaan Sarawak menerusi peranan SCOPE.

Beliau berkata, program CIA merangkumi tiga bahagian dan akan dilaksanakan dengan kelas tuisyen secara bersemuka di Sarawak, sekali gus memberi pilihan pembelajaran fizikal kepada calon berbanding sepenuhnya dalam talian.

“Kumpulan pertama melibatkan lebih 20 calon dan kami menjangkakan penyertaan akan terus meningkat pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SCOPE, Joseph Lim memaklumkan bahawa pelaksanaan program tersebut dijadualkan bermula April ini.

Menurutnya, SCOPE akan menyediakan sokongan menyeluruh termasuk kemudahan pembelajaran, sokongan pelajar serta keperluan berkaitan, dengan pelaksanaan kelas secara hibrid merangkumi kaedah fizikal dan dalam talian.

“Pada masa hadapan, kami juga akan meneroka pelbagai program latihan untuk golongan dewasa bekerja bagi memastikan peningkatan kompetensi pengetahuan dalam audit dalaman. Latihan berkaitan audit, risiko, tadbir urus dan bidang berkaitan akan menjadi fokus utama,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sesi suai kenal eratkan hubungan media Sarawak–MOTAC sempena Kempen Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.