Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SCMF 2025 bakal jadi festival muzik country terbesar di Asia, pacu ekonomi pekan warisan
  • TEMPATAN

SCMF 2025 bakal jadi festival muzik country terbesar di Asia, pacu ekonomi pekan warisan

Utusan Sarawak 4 days ago
MIRO Simuh ketika berucap pada sidang media khas berhubung pelaksanaan projek Siniawan Waterfront dan penganjuran Festival Muzik Country Siniawan 2025, di Bau hari ini. Foto Adele Rissa 

BAU: Festival Muzik Country Siniawan (SCMF) 2025 dijangka menjadi pemangkin utama kepada ekonomi Pekan Warisan Siniawan apabila lebih 18,000 hingga 20,000 pengunjung dijangka membanjiri kawasan itu hujung minggu ini.

Kedatangan ramai pengunjung itu juga dijangka menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan melebihi RM1 juta, sekali gus melebihi jumlah yang dicatatkan pada tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata festival itu bukan sahaja mengangkat nama Siniawan di persada antarabangsa, malah turut mengukuhkan kedudukan SCMF sebagai festival muzik country terbesar di Asia.

“Tahun lalu kita menerima antara 15,000 hingga 17,000 pengunjung dan mereka membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk makanan, minuman dan barangan sepanjang tiga hari festival. 

“Tahun ini, dengan promosi besar-besaran dan fasiliti baharu di waterfront, kita percaya jumlah itu akan meningkat dengan lebih ketara,” katanya ketika berucap pada sidang media Festival Muzik Country Siniawan (SCMF) 2025, hari ini.

SCMF edisi kelapan ini bakal berlangsung selama tiga malam berturut-turut bermula 26 hingga 28 September, menampilkan kumpulan muzik dari Kalimantan, Sabah, Kuala Lumpur serta empat kumpulan tempatan dari Sarawak. 

Beliau menambah, sambutan kali ini lebih istimewa kerana turut meraikan ulang tahun ke-185 Pekan Siniawan serta ulang tahun ke-15 Siniawan Night Market.

Sehubungan itu, Premier Sarawak dijadual hadir pada 27 September bagi merasmikan projek Siniawan Waterfront, sebuah pembangunan ikonik bernilai RM10.8 juta yang telah siap bulan ini.

Menurutnya, fasa kedua projek berkenaan bernilai RM4 juta dijangka ditandatangani tahun ini dan dimulakan pada tahun hadapan. 

Selain itu, sebuah projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM28 juta turut dirancang dan dijangka dimeterai pada November atau Disember selepas semua dokumentasi disiapkan oleh kontraktor serta agensi berkaitan.

“Kita percaya dengan adanya pembangunan baharu ini, wajah Pekan Warisan Siniawan akan tampil lebih indah dan unik. 

“Lebih penting lagi, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara untuk merasai sendiri keistimewaan budaya, muzik dan warisan di sini,” tambahnya. 

SCMF yang bermula lapan tahun lalu kini menjadi acara tahunan terbesar di Siniawan dan terus menjadi lambang kebanggaan masyarakat setempat dalam mengangkat pekan itu sebagai destinasi pelancongan warisan dan seni muzik bertaraf Asia.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jadi hab AI terkemuka Malaysia menjelang 2027 – Roland Sagah
Next: Cadangan ambil alih Unimas diserahkan kepada Roland Sagah – Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.