Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • ‘Schneider Electric’ perkenal sistem kuasa 800VDC untuk pusat data AI
  • TEKNOLOGI

‘Schneider Electric’ perkenal sistem kuasa 800VDC untuk pusat data AI

Utusan Sarawak 14 hours ago
‘Schneider Electric’, peneraju teknologi tenaga global memperkenalkan sistem kuasa arus terus 800 volt (800VDC) yang inovatif, direka untuk menyokong unit pemprosesan grafik (GPU) keluaran NVIDIA bagi generasi akan datang.

TAIPEI: ‘Schneider Electric’, peneraju teknologi tenaga global memperkenalkan sistem kuasa arus terus 800 volt (800VDC) yang inovatif, direka untuk menyokong unit pemprosesan grafik (GPU) keluaran NVIDIA bagi generasi akan datang.

Ini sekali gus menangani permintaan elektrik yang semakin meningkat untuk pusat data kecerdasan buatan (AI).

Dikenali sebagai ‘sidecar’, infrastruktur kuasa 800VDC ini menempatkan semula alat penukaran kuasa ke luar rak sistem pengkomputeran, seterusnya mewujudkan lebih banyak ruang untuk pemproses AI di samping mengurangkan kesesakan dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT).

Naib Presiden Kanan Schneider Electric Himanshu Prasad berkata penyelesaian itu dibangunkan bagi membantu pengendali pusat data mengurus keperluan kuasa yang meningkat dengan pantas, memandangkan beban kerja AI generasi akan datang menjadi semakin intensif.

Dengan memindahkan penukaran kuasa lebih dekat dengan beban, sistem sidecar ini meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan kehilangan kuasa dan membolehkan penghantaran kuasa yang lebih berkesan kepada sistem AI berprestasi tinggi.

Sidecar berfungsi sebagai rak kuasa khusus yang diletakkan bersebelahan dengan rak pelayan AI, membantu pusat data menyokong ketumpatan kuasa lebih tinggi yang diperlukan untuk pengkomputeran AI generasi akan datang.

Himanshu berkata kemajuan dalam pengkomputeran AI memacu peningkatan mendadak dalam keperluan kuasa untuk pusat data, memandangkan pengendali kini menggunakan GPU yang semakin berkuasa.

“Apabila prestasi pengkomputeran AI semakin meningkat, tahap kuasa keseluruhan yang diperlukan oleh pusat data juga turut meningkat.

“Dengan meningkatkan voltan dan mengurangkan arus, anda boleh mengurangkan kehilangan kuasa dan menjadikan sistem ini lebih cekap untuk pusat data AI di masa hadapan,” kata beliau pada taklimat media yang diadakan sempena Computex 2026 di Taipei hari ini.

Computex 2026 merupakan pameran perdagangan teknologi global dan AIoT (kecerdasan buatan pelbagai benda), berlangsung dari 2 Jun hingga 5 Jun di Taipei, Taiwan.

Sidecar 800VDC yang kini sedang dipamerkan di pameran berkenaan, dibangunkan oleh pusat penyelidikan Schneider Electric di Taiwan.

Himanshu berkata sistem kuasa tradisional yang digunakan di pusat data kini semakin tidak mencukupi memandangkan beban kerja AI melonjakkan keperluan kuasa melebihi had semasa, sekali gus perlunya penyelesaian pengagihan kuasa yang lebih cekap.

Beliau berkata peralihan kepada 800VDC bukan berasaskan teknologi tunggal, sebaliknya mewakili evolusi berfasa yang menggabungkan sistem kuasa berpusat dan teknologi pengurusan serta penukaran kuasa yang lebih maju.

Selain penukaran kuasa, beliau berkata masa depan pusat data AI juga akan bergantung pada sistem perlindungan yang boleh dipercayai, kesediaan rantaian bekalan, keupayaan penyelenggaraan dan kepakaran operasi.

“Ia bukan sekadar mengenai seni bina 800-volt sahaja. Ia juga melibatkan aspek perlindungan, rantaian bekalan, penyelenggaraan dan perkhidmatan.

“Kami juga perlu menyediakan penyelesaian yang lengkap untuk pelanggan,” kata beliau.

Memandangkan permintaan global untuk infrastruktur AI semakin meningkat, Himanshu berkata teknologi kuasa generasi akan datang memainkan peranan kritikal dalam membolehkan pembangunan pusat data AI yang lebih besar serta menggunakan lebih banyak tenaga.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Serbia bersedia rancakkan landskap teknologi inovatif melalui kerjasama dengan China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.