SCOTTIE Scheffler bergambar bersama trofi Masters di sebelah Fred Ridley, Pengerusi Kelab Golf Nasional Augusta, semasa majlis penyampaian Jaket Hijau selepas memenangi Masters di Kelab Golf Nasional Augusta di Augusta, Georgia. • Foto AFP
SCOTTIE Scheffler yang berada di ranking teratas merangkul kejuaraan utama pertamanya semalam dengan memenangi Masters dalam gaya yang mendominasi, bertahan dengan teguh untuk merebut jaket hijau selepas Tiger Woods menyempurnakan kemunculan semula yang menakjubkan daripada kecederaan kaki yang teruk.
Scheffler melakukan pusingan akhir satu bawah par 71 untuk menamatkan 72 lubang dengan 10 bawah 278 dan menewaskan pemenang major empat kali Rory McIlroy dengan tiga pukulan dengan pemain dari Australia, Cameron Smith dan pemain Ireland, Shane Lowry berkongsi tempat ketiga dengan 283 pukulan.
“Ia adalah hari yang panjang, hari yang sukar untuk saya,” kata Scheffler. “Saya hanya cuba menundukkan kepala dan melaksanakan pukulan saya.”
Scheffler, yang hanya memenangi gelaran PGA pertamanya pada Februari, melakukan birdie cip-in yang menakjubkan daripada jarak 87 kaki di par-4 lubang tiga untuk menumpulkan serangan awal oleh Smith, pemenang Players Championship bulan lalu.
“Ia bukan pukulan yang saya harapkan untuk melihat bola masuk tetapi ia meningkatkan semangat saya untuk terus bermain dengan baik,” kata Scheffler.
“Saya tidak dapat menyatakan dengan kata-kata apa yang dimaksudkan untuk mengetahui bahawa saya akan dapat kembali ke sini seumur hidup,” kata Scheffler.
Pemain dari Amerika berusia 25 tahun itu menerima hadiah utama 2.7 juta dolar daripada dompet 15 juta dolar dan menyertai juara Masters 1991, Ian Woosnam sebagai satu-satunya pemain yang memenangi kejohanan utama dalam acara sulung mereka sebagai pemain nombor satu dunia.
Scheffler hanyalah pemain kelima yang memenangi Masters semasa berada di puncak ranking, menyertai warga Wales, Woosnam dan pemain Amerika, Fred Couples, Dustin Johnson dan Woods, yang menguasai perhatian sepanjang minggu.
Penonton memberi tepukan gemuruh kepada Woods di green 18 kerana kembali bermain golf dengan menakjubkan 14 bulan selepas kemalangan kereta yang menyebabkannya terlantar di hospital selama berminggu-minggu dan tidak dapat berjalan selama berbulan-bulan.
“Saya tidak bermain yang terbaik tetapi untuk mendapat sokongan mereka di luar sana, saya tidak fikir ada perkataan yang boleh menggambarkannya,” kata Woods.
Pemenang kejohanan utama 15 kali itu melakukan 78pukulan, pusingan Masters terburuknya, untuk menamatkan 72 lubang di Augusta National berliau dengan catat tertingginya iaitu 301 dan di tempat ke-47 yang paling teruk. – AFP