Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • SCHB ringan beban kos rawatan warga emas Sarawak
  • KESIHATAN

SCHB ringan beban kos rawatan warga emas Sarawak

Utusan Sarawak 23 hours ago
AMANAT…Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting semasa berucap  pada Program Demi Rakyat Zon Utara 2025, Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB), di Miri hari ini.

MIRI: Warga emas Sarawak kini berpeluang menikmati rawatan kesihatan percuma atau bersubsidi melalui Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) bernilai RM500.

Faedah ini merupakan inisiatif terbaharu kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan golongan berusia 60 tahun ke atas terjamin.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting berkata, kemudahan itu melengkapi pelbagai program kebajikan sedia ada termasuk Kad Kenyalang Gold (KGC), sekali gus meringankan beban kewangan warga emas dalam mendapatkan rawatan kesihatan.

Katanya, kerajaan negeri akan terus meneliti serta meneroka alternatif baharu bagi menyokong golongan berusia, di samping memacu pembangunan Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030 melalui pelaksanaan pelbagai Inisiatif Premier.

“Dengan adanya SCHB, warga emas boleh mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar tanpa perlu risau kos perubatan.

“Kemudahan ini bukan sahaja menjaga kesihatan mereka tetapi juga meningkatkan kualiti hidup,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Demi Rakyat Zon Utara 2025, Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB), di sini hari ini.

Miri menjadi lokasi pertama penganjuran program itu bagi Zon Utara yang dianjurkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), sebelum diperluas ke Zon Tengah dan Zon Selatan.

Menurut beliau, warga emas yang layak memohon perlu memiliki kad pengenalan berstatus ‘K’, berusia 60 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah bulanan RM7,000 ke bawah dan tidak menerima perlindungan rawatan pesakit luar daripada agensi lain.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau serta Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 3,850 pegawai perubatan terima tawaran lantikan tetap – Dzulkefly
Next: Sarawak perluas penubuhan Pusat Jantung Satelit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.