Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SCGAA terus perkasakan pendidikan dan warisan budaya Cina
  • PENDIDIKAN

SCGAA terus perkasakan pendidikan dan warisan budaya Cina

Utusan Sarawak 5 hours ago
TAHNIAH… Lau (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pada majlis penutupan Anugerah Penghujung Tahun Bahasa Cina Sarawak 2025, hari ini.

SIBU: Sejak ditubuhkan pada 2016, Persatuan Alumni Siswazah China Sarawak (SCGAA) komited memajukan pendidikan serta warisan budaya Cina, selain aktif membantu pelajar melanjutkan pengajian ke negara China.

Penasihat Kehormat SCGAA, Temenggong Dato Vincent Lau berkata sepanjang ini, SCGAA telah menjalin kerjasama dengan pelbagai universiti dan institusi di China, termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.

“Pada 2017, SCGAA menjadi pusat rasmi pertama bagi Ujian Kefasihan Bahasa Cina HSK di Malaysia Timur, sekali gus memberi kemudahan besar kepada pelajar yang mempelajari bahasa Cina di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Anugerah Penghujung Tahun Bahasa Cina Sarawak 2025, hari ini.

Lau berkata, pelajar yang menerima anugerah perlu terus berusaha meningkatkan kemahiran bahasa serta literasi budaya masing-masing.

“Majlis pada hari ini bukan sahaja meraikan pelajar cemerlang, tetapi turut mengiktiraf potensi mereka dalam bahasa, budaya dan kreativiti,” ujarnya.

Katanya, anugerah pada tahun ini merangkumi empat pertandingan iaitu Pertandingan Fotografi dan Video Pendek Belia Antarabangsa Jalan Sutera ke-5, Pertandingan Impression Fuzhou ke-7, The Chinese Challenge untuk Murid Tahun Satu, serta Pertandingan Kemahiran Bahasa Cina Tadika ke-2.

“Acara-acara ini merangkumi bahasa, budaya dan seni, menyediakan platform untuk pelajar menonjolkan bakat mereka,” jelasnya.

Menurutnya, ujian kemahiran bahasa Cina bagi tadika dan The Chinese Challenge untuk murid Tahun Satu menggunakan piawaian antarabangsa Ujian Bahasa Cina Remaja (YCT) yang membolehkan pelajar menilai dan meningkatkan penguasaan bahasa Cina secara saintifik.

“Pertandingan Belia Antarabangsa Jalan Sutera dan Impression Fuzhou pula dibuka kepada belia Cina di seluruh dunia, merangkumi lukisan, kaligrafi, fotografi, video pendek dan penulisan, sekali gus memberi peluang kepada pelajar tempatan melangkah ke pentas antarabangsa dan memupuk pertukaran budaya,” tambahnya.

Lau berharap lebih banyak organisasi dan individu tampil menyokong pendidikan Cina agar budaya Cina terus berkembang di Sarawak.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kejayaan sekolah bergantung pada peranan dan kerjasama semua pihak
Next: UNIFOR salur RM370,000 kepada tiga sekolah mubaligh di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.