Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SCCCI jadi jambatan kukuhkan dasar dan suara industri
  • Tengah
  • WILAYAH

SCCCI jadi jambatan kukuhkan dasar dan suara industri

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIANG (baris depan tujuh kiri) bersama tetamu lain pada majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina SCCCI di Sibu, hari ini.

SIBU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) terus memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan sektor perniagaan, khususnya dalam mendepani landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ling Soon King berkata, dalam suasana ekonomi yang sentiasa berubah, komuniti perniagaan bukan sahaja berdepan peluang baharu, malah turut berhadapan cabaran seperti peralihan struktur ekonomi, tekanan kos operasi serta ketidaktentuan pasaran.

“Peranan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina bukan sekadar sebagai organisasi sosial, tetapi sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan sektor perniagaan agar dasar lebih berlandaskan realiti semasa dan suara perusahaan dapat didengari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 anjuran SCCCI yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee di sini, hari ini.

Ling menegaskan bahawa majlis berkenaan bukan sekadar simbolik sambutan perayaan, sebaliknya menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Kita berharap melalui sesi hari ini, persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor perniagaan dapat diperkukuh, sekali gus menghimpunkan lebih banyak tenaga positif demi pembangunan industri dan perdagangan tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar semua pihak dikurniakan kesihatan yang baik, urusan pentadbiran berjalan lancar serta perniagaan terus berkembang maju.

“Semoga komuniti perniagaan Sibu terus kukuh asasnya, mantap langkahnya dan maju secara berperingkat ke arah masa depan yang lebih cemerlang,” tambahnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, Setiausaha Politik Premier Sarawak Joshua Ting, Presiden SCCCI Dato Lau Cheng Kiong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita 53 tahun hilang di Kampung Penibong, operasi SAR diteruskan hari ini 
Next: BSJK IPD Meradong giat laksana program pencegahan jenayah komersial di rumah panjang dan sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.