Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SCaT Fair 2025 tutup tirai, lebih 30,000 pengunjung hadir
  • PENDIDIKAN

SCaT Fair 2025 tutup tirai, lebih 30,000 pengunjung hadir

Utusan Sarawak 8 hours ago
 DATUK Dr Jerip Susil berucap di Majlis Penutupan SCat Fair 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2025, karnival pendidikan, latihan dan kerjaya terbesar negeri ini, melabuhkan tirainya hari ini dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) merangkap Timbalan Pengerusi TEGAS Datuk Dr Jerip Susil berkata, SCaT Fair terus menjadi salah satu program ikonik tahunan berimpak tinggi yang dinantikan rakyat Sarawak, merangkumi semua lapisan umur.

“Fokus utama pameran kerjaya ini adalah untuk membantu meningkatkan peluang penjanaan pendapatan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

“SCaT Fair juga diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan industri digital, STEM dan TVET, seiring dengan komitmen kerajaan Sarawak melalui TEGAS dalam menyokong inisiatif digital Premier Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Majlis Penutupan SCat Fair 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang berkata, penganjuran SCaT Fair membuka ruang dan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendidikan, latihan kemahiran, dan peluang kerjaya.

SUASANA hari kedua SCaT Fair 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“SCaT Fair bukan sekadar pameran, malah menjadi platform membina jaringan profesional, meneroka peluang pekerjaan serta meningkatkan kesedaran tentang keperluan pasaran kerja semasa.

“Pendekatan holistik ini diharap dapat memberi pendedahan kepada peserta serta mencetus inspirasi kepada peserta untuk terus maju dalam kerjaya yang diceburi,” jelasnya.

Majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan utama, antaranya aerobaton, bicara berirama, Pertandingan Rocketeer Sarawak serta Anugerah Khas Junior Innovate (JI) dan Pertandingan Inovator Muda (YIC) turut diumumkan.

Edisi ke-11 SCaT Fair kali ini menghimpunkan lebih 100 pempamer, menawarkan 1,561 peluang pekerjaan, selain pelbagai program interaktif serta pertandingan inovasi.

Pelbagai tarikan turut disediakan termasuk Hari Blockchain & Kripto Sarawak, Zon Minyak & Gas, Pertandingan Kemahiran Utama, Sudut Penceramah Ikon Belia, serta aktiviti untuk keluarga seperti Taman Permainan STEM, Pengalaman Kubah Planetarium, dan Zon Riang-ria Kanak-kanak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Usaha perkukuhkan kualiti pendidikan di peringkat akar umbi
Next: Keputusan peperiksaan SVM diumum esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.