Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SBST lalui perjalanan sejauh 67 km, 48 perhentian
  • TEMPATAN

SBST lalui perjalanan sejauh 67 km, 48 perhentian

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) BAS.MY Kuching mula beroperasi hari ini perjalanan sejauh 67 kilometer (km) dengan 48 hentian.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata perkhidmatan ini menyediakan bas mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan enam bas yang akan melalui laluan Q10, dari Open Air Market ke Serian selain menawarkan tambang yang berpatutan.

Menurutnya, jumlah bas akan ditambah secara berperingkat, dengan sasaran 56 bas beroperasi sepenuhnya menjelang akhir April depan.

“Hari ini, operasi dimulakan dengan enam buah bas, walaupun sepatutnya 10. Namun, empat lagi masih belum dapat beroperasi.

“Menjelang Mac, 20 lagi bas akan mula berkhidmat, diikuti tambahan 26 buah bas pada akhir April. Ketika itu, keseluruhannya kita akan mempunyai 56 bas moden yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), mesra OKU, menawarkan tambang rendah serta dilengkapi Sistem Penentududukan Sejagat (GPS),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan operasi SBST BAS.MY Kuching di Open Air Market, hari ini.

Pada majlis sama, Lee turut berpeluang menaiki bas berkenaan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum meneruskan perjalanan ke Serian pada hari pertama perkhidmatannya.

Perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma kepada pelajar, OKU, dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang boleh memohon Kad Konsesi BAS.MY daripada pihak pengendali.

“Dengan adanya bas-bas baharu ini, saya berharap pengendali memastikan perjalanan mengikut jadual dan menepati masa, kerana ketepatan waktu dan kebolehpercayaan adalah aspek penting dalam perkhidmatan sebegini,” tambahnya.

Malah, beliau turut menekankan agar syarikat bas dan pengendali mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa akan menjalankan pemantauan bagi memastikan operasi berjalan mengikut peraturan dan syarat SBST.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lapor salah laku peniaga Bazar Ramadan
Next: Kreativiti rakyat bentuk identiti AirBorneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.