Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SBC tarik lebih ramai pelumba, hadiah RM23,900 jadi rebutan
  • SUKAN

SBC tarik lebih ramai pelumba, hadiah RM23,900 jadi rebutan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) semasa sidang media SBC 2025 yang berlangsung di pejabat beliau, di sini, hari ini.-Foto UKAS

PETRA JAYA: Samarahan Bike Challenge (SBC) 2025 kini kembali buat edisi ke-9 dengan penyertaan yang lebih ramai dan hadiah terkumpul berjumlah RM23,900 menjadi rebutan para pelumba.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, edisi kali ini tampil dengan lebih besar apabila pihak penganjur menyertakan dua kategori baharu iaitu kategori Veteran (40 tahun ke atas) dan ‘Youth Women’ (15 tahun ke bawah).

“Kalau kita lihat kategori-kategori yang dimasukkan ini, ini adalah usaha Persatuan Berbasikal Sarawak dan juga Pejabat Daerah, termasuk pandangan daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawah Sarawak (MYSED) dan juga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dalam usaha kita untuk mencungkil bakat-bakat baru dan menarikkan minat anak-anak muda yang berumur 15 tahun 14 tahun supaya berjinak dengan sukan berbasikal.

“Jadi dibuka kategori-kategori macam ini di mana apabila mereka terlibat, sedikit sebanyak yang akan dapat merancakkan lagi pembangunan sukan berbasikal di Sarawak,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SBC 2025 yang berlangsung di pejabat beliau, di sini, hari ini.

Kategori lain yang dipertandingkan ialah Terbuka Lelaki (16 tahun ke atas), Tertutup Sarawak (16 tahun ke atas) khusus untuk anak Sarawak, Terbuka Wanita (16 tahun ke atas), Terbuka Junior (16 hingga 20 tahun) dan ‘Youth Men’ (15 tahun ke bawah) menjadikan tujuh kategori yang dipertandingkan sempena SBC 2025.

“Bagi kategori Terbuka Lelaki, pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, diikuti oleh RM1,200 untuk tempat kedua dan RM800 bagi tempat ketiga manakala kategori Tertutup Sarawak akan menawarkan tempat pertama sebanyak RM1,000, tempat kedua RM800, dan tempat ketiga RM600.

“Untuk kategori Veteran, hadiah yang ditawarkan ialah RM1,000 bagi tempat pertama, RM700 untuk tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga sementara dalam kategori Terbuka Wanita, pemenang akan menerima RM1,000 untuk tempat pertama, RM700 untuk tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dalam kategori Junior, tempat pertama akan menerima RM1,000, tempat kedua (RM700) dan tempat ketiga (RM500) manakala bagi pelumba muda dalam kategori ‘Youth Men’ dan ‘Youth Women’, hadiah yang disediakan ialah RM500 untuk tempat pertama, RM400 untuk tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga.

Selain itu ujarnya, acara tahun ini mencatat penyertaan awal 175 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Brunei Darussalam, Jerman, Kanada, British Virgin Islands serta Indonesia (Kalimantan Barat) di mana pendaftaran masih dibuka sehingga 17 Jun 2025 dengan jumlah peserta dijangka mencecah lebih 200 orang.

Perlumbaan kali ini turut disertai oleh bekas pelumba negara and peserta ‘evergreen’ iaitu Anuar Manan dan antara pasukan yang terkenal tempatan dari negeri lain yang akan ikut serta ialah pasukan Kembar Melaka; Jupha Perlis, Elmi KL dan Team PDRM-G.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan acara ini pada 22 Jun depan, bermula pada 7.00 pagi di perkarangan Pusat Membeli Belah Summer, Kota Samarahan.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat, Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Tetap MYSED, Dolhadi Mazuki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Julin Alen dan Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak, Irawan Datu Sudarsono. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 30 pasukan bakal berentap 14, 15 Jun di Piala Cabaran Fro7en
Next: Alexander Arnold mahu bukti kemampuan bersama Real Madrid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.