Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Saya mencintai setiap detik bersama Liverpool selama 20 tahun’ – Trent ucap selamat tinggal
  • SUKAN

‘Saya mencintai setiap detik bersama Liverpool selama 20 tahun’ – Trent ucap selamat tinggal

Utusan Sarawak 2 days ago

Alexander-Arnold menjulang trofi EPL selepas Liverpool dinobatkan sebagai juara liga.

LIVERPOOL: Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengakui tidak pernah berasa begitu disayangi apabila peminat bersorak meraikan perpisahannya sambil dia menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield semalam.

Alexander-Arnold mengucapkan selamat tinggal dalam suasana penuh emosi selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace, perlawanan terakhir Liverpool musim ini.

Berbeza dengan penampilan terakhirnya di laman sendiri, di mana dia dicemuh selepas mengumumkan akan meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat, kali ini bintang kelahiran Liverpool itu disambut hangat oleh penyokong.

Ketika trofi Liga Perdana diserahkan selepas tamat perlawanan, peminat memberikan penghormatan istimewa kepada graduan akademi itu, yang menamatkan ikatan 20 tahun bersama kelab menjelang perpindahan yang dijangka ke Real Madrid.

Alexander-Arnold melambai ke arah penyokong dan mencium lambang pada jersinya. Sorakan bergema dari penyokong di The Kop apabila dia menjulang trofi di hadapan mereka.

“Saya tak tahu apa yang akan berlaku bila melangkah masuk ke Anfield selepas apa yang berlaku beberapa minggu lalu.

“Saya hanya mahu bermain sekali lagi untuk kelab ini dan pengurus, Arne Slot, memberi kepercayaan untuk saya turun. Sambutan yang saya terima sangat bermakna.

“Saya dah bermain ratusan perlawanan, tapi saya tak pernah rasa begitu disayangi dan dihargai seperti hari ini.”

“Dengan tangan di dada, saya harap suatu hari nanti peminat akan faham betapa saya bekerja keras untuk pasukan ini.”

“Tiada satu hari pun, satu minit pun, atau satu saat pun yang saya tidak memikirkan tentang pasukan. Dua puluh tahun adalah satu tempoh yang sangat panjang dan saya mencintai setiap detiknya jatuh bangun semuanya.”

“Ia satu penghormatan dan keistimewaan besar buat saya. Saya akan kenang hari ini sampai bila-bila. Ia hari paling indah dalam hidup saya,” katanya.

Namun, Slot sempat memberi kritikan terhadap Alexander-Arnold pada Jumaat lalu apabila menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap pemain itu dalam latihan awal musim ini.

Kenyataan dingin itu disifatkan sebagai petanda bahawa Slot mungkin tidak akan memberikan peluang kepada Trent untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong. – AFP

Continue Reading

Previous: ‘Bencana’ menimpa United, Amorim mohon maaf janji kebangkitan 
Next: Melaka Titans sedia hadapi saingan Divisyen 1 STL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.