Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • “Saya mahu mengembara ke seluruh dunia” — impian kecil yang membentuk Bluey Incognito
  • HIBURAN

“Saya mahu mengembara ke seluruh dunia” — impian kecil yang membentuk Bluey Incognito

Utusan Sarawak 14 hours ago
BLUEY (kiri), daripada kumpulan jazz funk antarabangsa Incognito ketika sesi media sempena Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di sini. Foto Adele Rissa

SANTUBONG: ‘Sejak umur lima tahun saya sudah tahu saya mahu mengembara ke seluruh dunia. Impian seorang kanak-kanak itu sangat penting untuk diperhatikan.’

Begitu kata Jean-Paul Maunick, atau lebih dikenali sebagai Bluey, pemain gitar daripada kumpulan jazz funk antarabangsa Incognito ketika sesi media sempena Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak (SCV) hari ini.

Di sebalik sorakan dan kemeriahan festival, Bluey membawa satu kisah yang lebih senyap tetapi penuh makna tentang seorang kanak-kanak yang pernah diberitahu dalam laporan sekolah bahawa beliau tidak akan mencapai apa-apa dalam hidup.

Namun di sebalik angka dan pencapaian itu, beliau kembali kepada satu perkara yang tidak pernah berubah iaitu impian seorang kanak-kanak.

“Impian bukan sekadar fantasi yang hilang apabila dewasa. Ia adalah sesuatu yang perlu dilihat, didengar dan dibimbing walaupun kadangkala tidak difahami oleh orang dewasa di sekeliling,” ujarnya.

Beliau turut mengimbas bagaimana muzik menjadi titik mula segalanya, bermula daripada pengalaman melihat pemuzik bermain di Mauritius hingga ke keinginan untuk menghidupkan semula orang yang disayangi melalui muzik.

Kini selepas puluhan tahun dalam industri, beliau melihat perjalanan itu bukan sekadar kejayaan peribadi tetapi tanggungjawab untuk terus berkongsi apa yang pernah menjadi impian dirinya sendiri.

INCOGNITO, bakal menutup tirai hari ke-3 Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak (SCV) hari ini. Foto Adele Rissa

Namun mesej yang dibawanya kekal sederhana bahawa dunia ini terlalu mudah untuk menilai seseorang terlalu awal dan terlalu cepat menutup pintu kepada potensi seorang kanak-kanak.

“Jika kita tidak melihat impian seorang kanak-kanak, kita boleh terlepas sesuatu yang sangat besar dalam diri mereka,” katanya.

Perkongsian itu turut mengalir ke dalam refleksi lebih luas tentang kehidupan manusia dan peranan sesama manusia di dunia ini.

Bagi Bluey, tiada perjalanan yang benar-benar berdiri sendiri kerana setiap muzik, setiap pentas dan setiap pengalaman dibina oleh orang lain.

Walaupun Bluey daripada kumpulan jazz funk antarabangsa Incognito kini dikenali sebagai salah satu kumpulan berpengaruh dalam genre jazz funk dan soul global, beliau masih melihat dirinya sebagai seseorang yang bermula dengan impian kecil, bukan figura besar di pentas dunia.

Lebih empat dekad selepas Incognito ditubuhkan, Bluey kini masih berdiri di pentas muzik dunia bersama sebuah kolektif muzik yang telah melahirkan lebih 1,500 pemuzik sepanjang perjalanan 47 tahun mereka.

Di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 yang meraikan akar, budaya dan evolusi muzik dunia, mesej itu terasa lebih dekat bahawa muzik bukan sekadar persembahan tetapi ruang pertemuan antara manusia dan pengalaman hidup.

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Dari Borneo ke Motown, satu malam merentas budaya di RWMF 2026
Next: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bakal berwajah baharu sempena ulang tahun ke-30

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.