Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Saya belum mati lagi!’ – Dolly Parton
  • HIBURAN

‘Saya belum mati lagi!’ – Dolly Parton

Utusan Sarawak 1 week ago
GAMBAR fail penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Dolly Parton, tiba untuk menghadiri Anugerah Akademi Muzik Country ke-57 di Stadium Allegiant, Las Vegas, Nevada pada 7 Mac 2022. Foto AFP

LOS ANGELES: Dolly Parton masih sihat dan aktif tampil di Instagram pada Rabu bagi meyakinkan para peminat bahawa beliau masih hidup, “Saya belum mati lagi!”, selepas adik perempuannya mencetuskan kekecohan dengan memohon doa untuk ikon muzik itu.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun rasmi Instagram beliau, Ratu Muzik Country berusia 79 tahun itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai, sambil menegaskan bahawa beliau tidak berada di ambang maut.

“Terdapat banyak khabar angin yang sedang tersebar, jadi saya fikir lebih baik anda dengar sendiri daripada saya — saya okey,” katanya dari sebuah lokasi yang kelihatan seperti studio fotografi.

“Saya belum bersedia untuk mati. Saya rasa Tuhan belum selesai dengan saya, dan saya juga belum habis bekerja.”

Penyanyi lagu Jolene itu memuat naik video dengan kapsyen “Saya belum mati lagi!”, sehari selepas adiknya, Freida Parton, mencetuskan kegusaran apabila memuat naik hantaran di Facebook yang disalah tafsir sesetengah pihak sebagai petanda bahawa masalah kesihatan Dolly mungkin sudah berada di tahap kritikal.

“Malam tadi, saya berjaga sepanjang malam berdoa untuk kakak saya, Dolly. Ramai antara anda tahu dia tidak begitu sihat kebelakangan ini,” tulis Freida.

“Saya amat percaya kepada kuasa doa, dan saya rasa terpanggil untuk meminta seluruh dunia yang menyayanginya menjadi pejuang doa dan berdoa bersama saya.”

Penyanyi 9 to 5 itu sebelum ini menangguhkan beberapa persembahan yang dijadualkan di Las Vegas minggu lalu, atas alasan mengalami “cabaran kesihatan” tanpa butiran lanjut.

Beliau turut memaklumkan akan menjalani beberapa prosedur perubatan.

Namun pada Rabu, beliau tampil dalam keadaan sihat dan bertenaga.

“Saya tahu ramai orang fikir saya lebih sakit daripada keadaan sebenar. Nampak saya sakit ke? Saya tengah bekerja keras di sini,” katanya.

Parton berkata beliau sedikit mengabaikan kesihatan diri selepas pemergian suami tercintanya, namun kini sedang menjalani rawatan.

“Tiada apa yang serius. Tapi saya perlu batalkan beberapa komitmen supaya saya boleh kekal dekat dengan rumah bagi mendapatkan rawatan.”

“Tapi saya mahu anda tahu, saya tidak sedang nazak.”

“Kepada anda yang betul-betul risau, saya amat menghargainya dan saya hargai doa-doa anda. Sebagai seorang yang beriman, saya sentiasa mengalu-alukan doa dalam apa jua keadaan. Tapi saya nak anda tahu, saya okey.”

Dolly Parton mula menempa kemasyhuran pada era 1970-an dengan lagu seperti Coat of Many Colors, dan terus mencipta pelbagai lagu hit termasuk I Will Always Love You, yang kemudian dipopularkan oleh Whitney Houston.

Beliau dijadualkan menerima Anugerah Oscar Kehormat bulan depan, namun menurut laporan majalah hiburan Variety, beliau kini tidak lagi dijangka menghadiri majlis anugerah tersebut di Los Angeles. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Shila Amzah, Jaclyn Victor, Kunto Aji & Lea Salong antara warnai pentas DFP 2026
Next: Victoria Beckham dedah perjuangan cipta semula diri dalam siri Netflix

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.