Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saudia Group perkenal “Coolest Ihram” pertama di dunia
  • GLOBAL

Saudia Group perkenal “Coolest Ihram” pertama di dunia

Utusan Sarawak 7 hours ago
SAUDIA group mengedarkan lebih 2,500 ‘The Coolest Ihram’ dengan teknologi pengeringan pantas untuk keselesaan jemaah semasa Haji atau Umrah di #HajjConfEx 2025.
SAUDIA Group memperkenalkan ‘Coolest Ihram’ pertama di dunia dengan teknologi penyejukan bersepadu, memberikan keselesaan maksimum kepada jemaah Haji.

JEDDAH: Ihram pertama di dunia yang dilengkapi teknologi penyejukan berprestasi tinggi, dikenali sebagai “Coolest Ihram” dipamerkan pada Persidangan dan Pameran Haji 2025 yang berlangsung dengan tema “Dari Makkah ke Seluruh Dunia”, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut SPA, inovasi “Coolest Ihram” itu dibangunkan oleh Saudia Group.

Saudia Group turut mempamerkan model teknologi berpatennya, “Triple Chill Effect” , yang memberikan sensasi penyejukan segera kepada jemaah dengan menurunkan suhu kulit sehingga dua darjah Celsius.

Fabrik inovatif itu mampu menyerap dan mengeringkan kelembapan dengan cepat sambil meningkatkan aliran udara untuk mengurangkan rasa panas, menjadikan ihram itu lebih praktikal dan sesuai dengan keadaan di tanah suci.

“Coolest Ihram” menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan Arab Saudi memudahkan perjalanan Haji dan meningkatkan pengalaman jemaah, dengan menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada keselesaan mereka, menawarkan persekitaran yang lebih sejuk dan menyegarkan.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Ribut suria buka peluang saksikan aurora, risiko gangguan rangkaian komunikasi
Next: Piramid Giza jadi pentas karya seni antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.