Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Saudi Post terbit setem, poskad peringatan musim haji 1446H  
  • SEMASA

Saudi Post terbit setem, poskad peringatan musim haji 1446H  

Utusan Sarawak 2 days ago
SETEM sempena musim haji 1446 Hijrah Foto Saudi Press Agency

MINA: Saudi Post (SPL) telah menerbitkan setem peringatan berharga SAR3 dan poskad berharga SAR5 sempena musim haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen SPL untuk memanfaatkan setem sebagai medium memperingati peristiwa penting, termasuk musim haji.

Setakat ini, SPL telah menerbitkan kira-kira 49 setem khas berkaitan haji yang memaparkan tema seperti rukun, kewajipan, masa pelaksanaan serta projek pembangunan di Masjidil Haram dan lokasi suci lain.

Setem-setem ini merupakan sebahagian daripada siri ‘SPL’ yang mengetengahkan peristiwa kebangsaan utama – termasuk acara keagamaan, budaya, seni, sukan – serta peristiwa penting antarabangsa.

Setiap setem yang diterbitkan menggambarkan peristiwa bersejarah atau mengabadikan detik bermakna dalam sejarah Arab Saudi, menjadikannya bernilai tinggi dalam kalangan pengumpul setem di seluruh dunia. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPRM mahu guna platform kreatif didik masyarakat cegah rasuah
Next: Sultan Brunei puji kepakaran IJN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.