Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Satu titik darah, seribu harapan
  • Utara
  • WILAYAH

Satu titik darah, seribu harapan

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH… Penghulu Pui Kuan Phen ketika melakukan kerja murni menderma darah di Bank Darah Hospital Miri, semalam.

MIRI: Menderma darah membawa pelbagai manfaat, bukan sahaja kepada pesakit yang memerlukannya, tetapi juga kepada penderma itu sendiri.

Kebaikan utama bagi mereka yang menderma darah ialah berpeluang menjadi wira dengan menyelamatkan nyawa individu yang memerlukan.

Penghulu Pui Kuan Phen berkata demikian ketika dihubungi selepas beliau menderma darah di Bank Darah Hospital Miri semalam.

“Semalam saya telah menderma satu pain darah iaitu kira-kira 450 mililiter dan hampir 70 kali telah menderma darah.

“Satu pain darah yang didermakan itu boleh menyelamatkan tiga nyawa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai sangat digalakkan untuk menderma darah untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi di hospital dan pusat perubatan.

“Setiap kali kita menderma darah akan mendapat pemeriksaan kesihatan percuma.

“Menderma darah secara berkala dapat membantu menjaga kadar zat besi dalam badan pada tahap yang sihat, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung,” jelasnya lagi.

Justeru akan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sumbangan darah dan membantu mengurangkan stigma berkaitan dengan isu darah.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai Kempen Derma Darah Sabtu Ini
Next: SFC anjur program kesedaran biologi di Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.