
SIBU: Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 Wilayah 2 & 3 dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada 19 Oktober ini.
Menurut kenyataan media, program berkenaan akan berlangsung di Orange Zone, Star Mega Mall, bermula 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Kempen ini bertujuan untuk membantu Tabung Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di hospital tersebut.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman