SAMARAHAN: Keadaan banjir di Bahagian Samarahan terus memberi kesan kepada penduduk setempat, khususnya di kawasan Asajaya, dengan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.
Setakat 11.12 pagi tadi, satu PPS telah dibuka di SK Sampun Tebun, Daerah Asajaya.
Ini bagi menampung penduduk dari empat kampung yang terjejas.
Antara kampung terjejas ialah Kampung Sampun Jugu, Kampung Sampun Gerunggang, Kampung Sampun Kelili, dan Kampung Sampun Tebun.
PPS ini akan mula beroperasi 11.30 malam, hari ini, bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat banjir.
Seramai 314 mangsa daripada 112 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut.
Daripada jumlah itu, terdapat 146 orang dewasa, terdiri daripada 66 lelaki dan 80 wanita. Selain itu, seramai 76 kanak-kanak turut dipindahkan, merangkumi 32 lelaki dan 44 perempuan.
Kumpulan bayi mencatatkan 15 orang, terdiri daripada 6 bayi lelaki dan 9 bayi perempuan.
Sementara itu, 76 warga emas, iaitu 37 lelaki dan 39 wanita, turut ditempatkan di pusat pemindahan.
Selain itu, seorang mangsa lelaki dikenal pasti sebagai orang kurang upaya (OKU).
Keadaan cuaca di lokasi dan sekitar PPS dilaporkan hujan, yang berpotensi menjejaskan usaha pemindahan dan operasi bantuan kepada mangsa banjir.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa dan memastikan segala bantuan serta keperluan asas disediakan bagi keselesaan mangsa di pusat pemindahan.
Oleh Amanda L.