Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Satelit serbaguna Arirang 7 Korea Selatan berjaya dilancarkan ke orbit
  • GLOBAL

Satelit serbaguna Arirang 7 Korea Selatan berjaya dilancarkan ke orbit

Utusan Sarawak 3 hours ago
FOTO ini, yang disediakan oleh Arianespace pada 1 Disember 2025, menunjukkan roket Vega-C dengan satelit Arirang 7 di Pusat Angkasa Guiana di Guiana Perancis.

SEOUL: Arirang 7, satelit serbaguna Korea Selatan berjaya memasuki orbit selepas dilancarkan dari pusat angkasa di Amerika Selatan, menurut agensi angkasa negara itu pada Selasa, lapor Yonhap News Agency.

Juga dikenali sebagai Korea Multipurpose Satellite 7, satelit itu dipisahkan daripada roket Vega-C kira-kira 44 minit selepas berlepas dari Pusat Angkasa Guiana di French Guiana pada 2.21 petang Isnin (waktu tempatan) atau 2.21 pagi Selasa (waktu Korea), menurut Pentadbiran Aeroangkasa Korea (KASA).

Roket berkenaan dikendalikan syarikat Perancis, Arianespace.

Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI), selaku pembangun Arirang 7 mengesahkan keadaan satelit itu selepas ia membuat hubungan dengan stesen bumi Antartika Rusia pada 3.30 pagi (waktu Korea).

KARI juga mengesahkan kejayaan satelit memasuki orbit melalui data yang diterima daripada Arianespace.

Arirang 7 dilengkapi kamera elektro-optikal beresolusi ultra tinggi dan sensor inframerah, serta dijangka menyediakan imej berkualiti tinggi untuk pemantauan alam sekitar dan bencana serta analisis pulau haba bandar.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Hong Kong tahan suspek susulan kebakaran meragut lebih 150 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.