Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SARORSO teruskan legasi pemuliharaan orkid Sarawak di bawah patron baharu
  • SEMASA

SARORSO teruskan legasi pemuliharaan orkid Sarawak di bawah patron baharu

Utusan Sarawak 1 day ago
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima salam daripada Dayang Norjihan, Patron baharu SARORSO. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO) di Kompleks Satria Pertiwi.

Kunjungan yang diketuai oleh Patron baharu SARORSO, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bertujuan berkongsi sejarah penubuhan persatuan pada 2018 yang berasaskan misi pemuliharaan, pendidikan dan advokasi orkid asli Sarawak.

Pertemuan tersebut turut menyaksikan pelantikan Dayang Norjihan sebagai Patron baharu SARORSO bagi meneruskan legasi ibunda beliau, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, yang sebelum ini memegang peranan sama.

Langkah itu melambangkan kesinambungan dedikasi keluarga dalam memperjuangkan usaha pemuliharaan serta pengiktirafan terhadap orkid sebagai khazanah semula jadi negeri ini.

SARORSO menegaskan komitmennya untuk terus menyokong wawasan kerajaan Sarawak dalam mempromosikan pemuliharaan biodiversiti dan membangunkan sektor agropelancongan berasaskan sumber tempatan.

Sejak ditubuhkan, SARORSO telah berperanan sebagai platform penyatuan peminat orkid bagi memajukan bidang penanaman, penghibridan dan pemuliharaan spesies asli Sarawak.

Di bawah kepimpinan Patron terdahulu, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani, persatuan ini berkembang menjadi entiti diiktiraf di peringkat negeri dan kebangsaan melalui pelbagai aktiviti pendidikan, pemuliharaan dan kebudayaan.

Turut hadir Pengerusi SARORSO, Tengku Dr. Auvaroza Tengku Abraham, Presiden SARORSO, Zurenawatie Zaidil, Timbalan Presiden, Norliza Sa’di, Ketua Pemuda (Youth Interest in Botanic Garden), Mohammad Nur Fikry Soekery serta beberapa ahli jawatankuasa persatuan. – JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Catalonia teroka kerjasama pelancongan, warisan budaya dan industri kreatif
Next: i-CATS bentang hala tuju strategik kepada Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.