Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sarjan Ditembak: Polis jalankan siasatan telus, tidak lindungi mana-mana pihak – KPN
  • NASIONAL

Sarjan Ditembak: Polis jalankan siasatan telus, tidak lindungi mana-mana pihak – KPN

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) ketika sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor Polis Diraja Malaysia di Maktab Polis Diraja Kuala Lumpur, Cheras hari ini. Turut hadir Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi (dua, kanan) dan Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Hussein Omar Khan (dua, kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus untuk mengetahui punca seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas di Pulau Pinang, minggu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM tidak pernah menutup atau melindungi sebarang salah laku mana-mana pihak termasuk anggotanya sendiri.

Beliau berkata ketika ini PDRM sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pasukan perubatan sebelum melakukan siasatan lanjut.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden terbabit sehingga siasatan kes ini selesai,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi Perkep Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun yang bertugas di balai berkenaan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Dalam perkembangan lain, Acryl Sani memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat yang dipotong enam bahagian di tepi jalan di Kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur Rawang Selatan, bulan lepas untuk tampil memberi keterangan

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu walaupun ia dianggap tidak relevan diminta salurkan maklumat kerana ia membantu pasukan penyiasat dalam menyelesaikan kes itu.

“Tambahan pula, kes berkenaan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai kamera litar tertutup dan ia menyukarkan siasatan polis dalam kes ini,” katanya.

Mengenai laporan polis yang dibuat Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagi menafikan tuduhan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam satu artikel pada April tahun lepas, Acryl Sani berkata perkara itu masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan menerusi kenyataan media dalam masa terdekat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rasional kemasukan pakar perumahan Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat
Next: Tiada istilah ‘My Man’ dalam PDRM – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.