SARIKEI: Pelaksanaan projek berimpak tinggi di Sarikei adalah bukti jelas Kerajaan Sarawak begitu prihatin dengan keperluan rakyat Sarawak.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, penduduk Sarikei bertuah kerana tidak tersisih dalam arus pembangunan.
“Penduduk disini mendapat manfaat dari pelbagai projek yang disediakan Kerajaan Sarawak.
“Ia juga mampu meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk kerana Sarikei mempunyai ‘Green Pasture’ atau kawasan baru yang memberi peluang baru kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menjalankan lawatan ke Terminal Ekspres 1, kelmarin.
Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga amat menitikberatkan kebajikan rakyat dan pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk rakyat.
“Terima kasih juga kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan pelaksanaan projek pembinaan jalan dari Jalan Pasi, Sarikei ke Tanjung Manis,” katanya lagi.
Oleh EARL ANEK