Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak wujud 900 jawatan baharu Ketua Kaum perkukuh kepimpinan akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak wujud 900 jawatan baharu Ketua Kaum perkukuh kepimpinan akar umbi

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANYI Jana (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Basil, Sungai Pedai, di sini Sabtu lalu. Foto UKAS

KANOWIT: Kerajaan Sarawak bersetuju mewujudkan sekitar 900 jawatan baharu Ketua Kaum bagi memperkukuh struktur kepimpinan di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, langkah itu akan memberi peluang kepada individu yang layak tetapi belum menerima pelantikan rasmi untuk berkhidmat secara sah dalam membantu pentadbiran dan pembangunan di kawasan masing-masing.

“Saya faham ada yang telah memenuhi syarat tetapi masih belum menerima sijil pelantikan. Saya mohon agar mereka bersabar kerana proses ini sedang berjalan,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Basil, Sungai Pedai di sini, Sabtu lalu.

Majlis anjuran Komuniti MADANI Setutung Jaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Kanowit itu dihadiri sekitar 200 penduduk tempatan bersama pelbagai pemimpin setempat.

Dalam ucapannya, Anyi turut menegaskan bahawa perpaduan adalah asas kekuatan masyarakat berbilang kaum, khususnya dalam menjayakan kerjasama antara komuniti dan kerajaan.

“Perpaduan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia ibarat membina rumah yang memerlukan pelbagai bahan dan usaha bersama untuk menjadi kukuh,” jelasnya.

Mengulas mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri, beliau menyatakan sokongan terhadap langkah tersebut memandangkan keluasan geografi dan pertambahan jumlah pengundi di Sarawak.

Katanya, langkah itu penting untuk memastikan urus tadbir lebih cekap serta melancarkan pelaksanaan projek pembangunan, terutamanya di kawasan luar bandar

Sebagai tanda sokongan terhadap peranan wanita dalam pembangunan komuniti, beliau turut mengumumkan kelulusan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Biro Wanita Rh. Basil untuk melaksanakan aktiviti tahunan mereka.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Rinta Engkamat, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Jendri Mangku, Pemanca Charlie Salang serta barisan penghulu, kaunselor dan ketua komuniti tempatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: POSKOM santuni komuniti Meradong selama dua hari
Next: Komuniti Iban tunjang warisan, perpaduan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.